Koleksi Tazkirah & Muhasabah

19.7.11

Kekayaan Sebenar


"Daripada Abi Hurairah ,daripada Nabi SAW. Baginda bersabda: Bukan kekayaan sebanar dengan kerana memiliki banyak harta benda, akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa " ( muttafakul alaih )


Huraian Hadis

Ramai orang mengejar kekayaan, dan yang dikejar itu ialah kekayaan harta benda dan harta yang banyak , Islam tidak menghalang penganutnya mengejar kekayaan harta, tetapi Islam tidak menganggap kekayaan harta itu sebagai satu yang paling bernlai, kerana kekayaan harta benda itu mungkin akan lenyap dalam masa yang singkat sahaja, sedangkan disana ada lagi satu kekayaan yang boleh jadi kekal dan paling bernilai iaitu kekayaan hati dan kaya budi.

Dalam hadis di atas Rasulullah SAW. Dengan tegasnya menyatakan bahawa kekayaan sebenar pada pandangan islam ialah kekayaan jiwa dan kaya budi. Kekayaan itu tidak akan hilang dan tidak ada siapa yang boleh merampasnya. Maka kekayaan inilah yang patut dimiliki oleh setiap orang Islam. Dengan adanya kekayaan ini dalam diri seseorang.kehidupannya akan menjadi senang dan disukai oleh orang ramai, tidak akan timbul perasaan tamak haloba .

Contoh kaya hati ialah seperti ia merasa puas hati dengan rezki yang dadapatinya dan tidak pula berputus asa untuk menambahnya, mana kala kaya budi pula seperti ia tidak bakhil menderma hartanya pada jalan kebajikan.


Pengajaran Hadis

1. Kekayaan adalah satu yang dikehendaki setiap manusia
2. Islam tidak menghalang penganutnya mencari harta kekayaan
3. Kekayaan yang sejati yang perlu dimiliki oleh setiap orang ialah kaya jiwa dan budi


Wallahualam.

Mutiara:

Rasulullah saw bersabda: "3 perkara yang menyelamatkan manusia iaitu takut kepada Allah dalam keadaan gelap dan terang, berlaku adil di waktu tenang dan marah dan berlaku cermat di waktu susah dan senang." [HR Abu Assyaikh]

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr