Perkahwinan


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)


Dari Anas ra : “Beberapa sahabat pernah mendatangi rumah istri-istri Nabi saw untuk menanyakan tentang ibadah baginda. Ketika mereka diberitahu, mereka dapati ibadah mereka itu sedikit. Mereka bertanya, ‘Dimana kedudukan kami di sisi Nabi saw, mengingat beliau telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang?’ Salah seorang di antara mereka berkata, ‘Saya akan melaksanakan solat malam dan tidak akan tidur.’ Yang lain berkata, ‘Saya akan berpuasa terus dan tidak akan berbuka.’

Dan yang lainnya berkata, ‘Saya akan menjauhi kaum wanita dan tidak akan berkawin selamanya.’ Kemudian datanglah Rasulullah saw dan bersabda, ‘Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu itu? Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah daripada kalian, dan paling bertakwa kepada Allah daripada kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku melakukan solat malam dan aku tidur, dan aku berkahwin. Oleh itu, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku." (HR Muslim)

Muflis


SEWAKTU kegawatan, ramai yang mengalami kesulitan. Malah, ada yang jatuh muflis atau bangkrap.

Nabi Muhammad saw pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kalian tentang orang yang muflis?"

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mereka dalam pandangan kami adalah orang yang tak punya satu dirham pun dan tak punya barang atau harta."

Rasulullah saw bersabda: "Al-Muflis atau orang yang bengkrap itu bukan demikian, melainkan orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa (pahala amal) kebaikannya sebesar gunung. Tapi dia pernah menganiaya orang dan melanggar kehormatan. Lalu pihak-pihak yang dizalimi ini mengambil seluruh kebaikannya (untuk menutupi dosa-dosa keburukan mereka), maka dia akan mengambil (dosa-dosa) keburukan mereka (yang telah dizaliminya) untuk ditanggungnya. Lalu, dia benar-benar dihentam dengan keras ke neraka." -- Syakhshiyyah Islamiyyah juz II/294, karya
An-Nabhani.

Kezaliman yang berlangsung di dunia fana ini sangat beragam jenisnya, tetapi intinya sama: merebut atau menganiaya hak orang lain.

Penganiayaan itu boleh berupa caci-maki, cubitan, tipuan, ghibah, membunuh dan segala gangguan terhadap badan, kekayaan dan kehormatan.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf)-nya kini juga sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya." H.R. Bukhari-Muslim.

Tinggalkan dosa


"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan, disebabkan apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Al An'aam : 120)

Amalan bila bayi baru lahir


Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi). Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin. Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan. Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak. --------- Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata.Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain. Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh.

Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh. Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu. Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik) Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. Begitulah yang terdapat di dalam sunnah. -------------- Soalan: Berkenaan dengan mencukur kepala bayi. Kebiasaannya di kampung2 ada majlis mencukur kepala yang akan disertakan dengan Marhaban. Ketika berselawat, bayi itu tadi akan dibawa keluar dan digunting sedikit rambutnya. Adakah ini mengikut syariat Islam? Jawab: Apa yang saudara sebutkan di atas adalah adat di dalam masyarakat Melayu. Di dalam majlis berkenaan rambut bayi akan digunting sedikit. Jika begini, ia tidak menepati sunnah yang menganjurkan agar mencukurnya.

Ramai yang beranggapan bahawa sudah memadai dengan berbuat demikian. Mengenai majlis kenduri yang diadakan seperti yang disebutkan ada ulamak yang mengatakannya sebagai tidak mengapa, dan tidak kurang juga yang mengatakannya sebagai bid’ah. Perselisihan ini berpunca dari perbezaan masing-masing tentang definasi bid’ah.Soal mahu mengadakan majlis bercukur seperti yang saudara sebutkan ataupun tidak itu terpulang kepada pendapat yang diikuti. Jika ia dianggap bid’ah, jangan buat. Jika ia dianggap tidak mengapa, terpulang… Namun yang paling penting ialah melaksanakan sunnah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik.

Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud) Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim. Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya.

Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan) Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh. Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah. Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan) Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja.

Oleh itu, seandainya tidak dapat dilakukan pada hari berkenaan, maka beraqiqah pada hari keempat, kelapan, kesepuluh atau hari berikutnya sudah memadai. Masalah aqiqah ini telah dibahas oleh ulamak dengan panjang lebar pada bab khusus mengenainya. Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira. Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."

Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya. Sekian. Wallahu a’lam.

Selawat


Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (Al-Ahzab:56)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.)Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu.

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.)Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji- pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allaha yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendakinya.

(Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi mengatakan bahwa ia adalah hadis sahih.)Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada kita dan kita semua sedang dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w: Allah menyuruh kita supaya kita membaca selawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita membaca selawat kepada Tuan itu? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.wbersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya: Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi)Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Rasulullah Untuk Dicontohi


Firman ALLAH S.W.T maksudnya:

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21

Dilarang Bermusuhan Sesama Islam


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain.

Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka.

Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa.

Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah.

Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat:55]

Allah Maha Kuasa


"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran - 26)

Yahudi - bangsa terlaknat, hina dan takut mati



Firman Allah SWT,

"Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan menyelamatkan diri daripada azab. Allah melihat apa yang mereka lakukan" [al-Baqarah (2):96].

Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik. Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.

"Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi" [TMQ 5:60].

"Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik" [al-A'raf (7):163]

"Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet yang hina". [al-A'raf (7):166].

Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut. Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.

Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi
yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing.

Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi `berjaya' dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul
Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah menghadiri pengebumiannya.

Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk
membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.

Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk "The Road to Ramadhan", mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan 1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera
Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan. Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv
setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.

Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan, walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka untuk berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri
mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel. Semasa ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran. Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang
khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke Israel.

Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja. Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US
mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Iraq.

Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani menyerang dan menawan dua negara Muslim yang 'lemah' dan dilemahkan
iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap Afghanistan pada masa itu.

Kini, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan Afghanistan dan Iraq pada tahun-tahun 2001 dan 2003.

Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel di Qana'a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh
bumi Lebanon untuk menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital.

Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej, pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di
kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka
Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam perang menentang keganasan atau "War on Terror".

Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di dalam Al-Quranul Kareem:

"Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang.Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak
mengerti" [an-Anfaal (8):65].

Wallahu a'lam.

dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/40974

Qunut Nazilah


Hadis daripada Ibnu Abbas RA: Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Rasulullah apabila hendak berdoa qunut nazilah, beliau akan berqunut selepas rukuk dan semasa berdiri iktidal dalam rakaat terakhir solat fardu.Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja.

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat fardhu yang lain.“Adalah rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)Mari bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita.Sila ke laman web zaharuddin untuk mendapatkan doa Qunut Nazilah.

Doa Untuk Saudara Palestin



Al-Habib Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman al-Jufri berpesan kepada segenap kaum Muslimin untuk membantu doa kepada saudara-saudara kita kaum Muslimin di Gaza khususnya, dan di segenap penjuru dunia umumnya, dengan berlindung kepada Allah, bertaubat kepadaNya dan merendahkan diri di hadapanNya, seraya membaca firman Allah:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,' maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.' "(Surah: Ali Imran: 173)حسبنا الله ونعم الوكيل"HasbunaAllah wa ni'mal wakiil" - dibaca 450 kali.

Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram?

1. Tudung yang bersanggul

Sanggul

Larangan tudung bersanggul ini adalah daripada hadis Nabi Muhammad sendiri, seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas:

Ada dua golongan dari penduduk nerakan yang belum pernah aku lihat:

1. Suatu kaum yang memiliki cemiliti ekor lembu untuk memukul manusia
2. Para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol untuk yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Fesyen tudung yang menyerupai biarawati Kristian

biarawati

Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tida, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis berikut:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya.


Blogpsot and Da’wah of Cristianity

Kepada pengguna blogspot, sila berhati hati apabila memberikan link kepada rakan-rakan anda. Pastikan setiap ejaan adalah betul, kerana saya pernah terbaca bahawa seseorang itu telah dimarahi kerana rakan beliau telah salah anggap beliau menulis blog berkaitan bible, walhal beliau mungkin telah silap mengeja link blog beliau.

Cuba ni:

http://yourblogname.blogpsot.com

Contoh:

Write affanruslan.blogspot.com, instead of affanruslan.blogpsot.com

Write wackobravura.blogspot.com, instead of wackobravura.blogpsot.com

Write paradoxanas.blogspot.com, instead of paradoxanas.blogpsot.com

Jika anda tersalah mengeja perkataan blogspot ke blogpsot atau blogsot, sebuah laman web seperti paparan berikut akan muncul. Begitu licik mereka, kerana apa-apa sub-domain sekalipun, akan dihantar ke laman web tersebut. Jadi hati-hati lah ye:

kristianiti

Sumber: kayteeze.wordpress.com

Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan


Segala Puji Bagi ALLAH SWT (TUHAN SEKELIAN ALAM), Yang Mana Telah Menerbitkan DIA pada Hati-Hati Sekelian Mukmin itu Matahari Pengenalan (MA'RIFATULLAH) dengan cahaya At-Tauhid dan Yakin (AINUL YAKIN)..Juga Selawat dan Salam Atas Penghulu Besar NABI MUHAMMAD SAW Yang Mana Telah Menunjukkan JALAN MA'RIFAH Kepada Kita, juga Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Mereka Yang Sentiasa Mengikuti Mereka-Mereka itu Hinggalah Hari Kiamat..INSYAALLAHU TAALA..AMIN

Kali nie Jamal ingin kongsikan bersama para sahabat semua berkenaan dengan Perkara danPerbuatan yang Mewarisi Kepapaan @ Kefakiran @ Miskin. Perbuatan yang tersebut dibawah ini adalah diambil dan hasil rujukan Jamal kepada beberapa Kitab-Kitab Kuning dan Muktabar. Diantaranya ialah Kitab Taalim Mutaallim dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani.


Berikut ialah Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan :-
  1. Mengerjakan dosa
  2. Melebihkan tidur
  3. Tidur bertelanjang
  4. Tidur selepas solat subuh
  5. Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
  6. Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
  7. Membakar kulit bawang(merah@putih)
  8. Menyapu rumah pada malam hari
  9. Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
  10. Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
  11. Membasuh tangan dengan tanah
  12. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
  13. Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
  14. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
  15. Bersegera keluar dari masjid
  16. Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
  17. Tidak membasuh bekas makanan
  18. Memadam pelita dengan mulut
  19. Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
  20. Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
  21. Memakai serban ketika duduk
  22. Memakai seluar ketika berdiri
  23. Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
  24. Membuang kahak ketika qada hajat
  25. Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
  26. Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
  27. Duduk dibendul rumah
  28. Duduk diantara belahan pintu
  29. Berwudhu ditempat tidur
  30. Makan sesuatu ketika berjunub
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...