Doa Untuk Orang Sakit

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan Tirmizi).

Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Petua Wajah Sentiasa Berseri

5 Petua Wajah Berseri... :)


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Adab-Adab Belajar

8 Adab Belajar... :)



Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Cara Menghadapi Stress

Cara Menghadapi Stress... :)


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Selawat 1 Kali Bonus 10 Kali


SHALAWAT 1X
BONUS 10X

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Allah akan bershalawat untuknya 10 kali”. (HR. Muslim: 384)

Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (QS. Al-Ahzab: 56)

Imam Al-Bukhari berkata, “Abul Aliyah berkata, “Shalawat Allah Ta’ala kepada beliau adalah pujian-Nya kepada beliau di hadapan para malaikat. Adapun shalawat para malaikat (kepada beliau) adalah bermakna doa (mereka untuk beliau).”

Diantara shalawat-shalawat yang telah dituntunkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam kepada umatnya, yaitu:
“Ya, Allah curahkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah barakah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan barakah kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
(HR. Muttafaqun ‘Alaih)




Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Surah-Surah Amalan Ketika Mengandung

Surah-Surah Amalan Ketika Mengandung... :)


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak-Anak.

Waktu mustajab untk menasihati anak-anak..


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Doa Untuk Mengelak Lupa

Untuk adik2 yg nk peksa PMR, SPM dan STPM...amalkan doa
ini....




Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Doa menjauhkan dari riyak

Doa menjauhkan dari riyak



Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Ayuh Sepakat Tolak Syiah



Saudara seislam seakidah dengan kita ahlu sunnah di wilayah Ahwaz dalam negara Syiah iran..Hampir keseluruhan rakyat di Ahwaz adalah ahlu sunnah..Ahlu sunnah di sana sama seperti umat islam di Palestin dengan Israel..sunni di sana ditangkap dihukum bunuh dengan sewenang2nya oleh rejim syiah Iran..pelbagai kezaliman yang sungguh menyayat hati terpaksa dilalui umat islam di Ahwaz..sumber


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Bertafakurlah Sebelum Tidur


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Riak dan Pecahannya


Riak adalah merupakan satu amalan yang kecil sahaja. Ia kadangkala hanya tersemat di celah-celah masalah yang begitu banyak, tetapi tindakannya, memberi kesan yang sangat besar dan buruk, menyebabkan mereka yang terlibat akan terhina, bankrap, mereka tidak mempunyai harapan langsung untuk menjayakan diri mereka. Amalan yang diharap-harapkan untuk membantu mereka di alam Baqa’ telah hangus, dan tidak diterima, walaupun amalan riak hanya kecil sahaja.
Riak atau menunjuk-nunjukkan amalan kebajikan, atau ketaatan seseorang Islam di dalam agamanya. Jika amalan (ibadah) yang dikerjakan itu, terlibat  dengan cara sengaja ingin menunjukkan amalan yang baik yang telah dilakukan olehnya itu kepada selain dari Allah s.w.t. untuk mendapat pujian dari mereka, atau untuk dihormati akan dirinya, dan lain-lain, maka ia adalah riak yang diharamkan.
Dalam hal ini ada beberapa cara, ada di antaranya dibenarkan, bahkan digalakkan, dan tidak kurang pula yang dilarang.
Pecahan Riak
Pecahan riak secara kasar kepada tiga (3) jenis:
(1)        Haram
(2)        Harus
(3)        Digalakkan
1.         Riak yang diharamkan
Adapun riak atau menunjuk-nunjukkan yang haram itu, ialah yang boleh membawa keburukan kepada yang melakukannya, dengan menunjuk-nunjukkan amalan amalan kebaikan yang dikerjakan kerana Allah itu, digunakan untuk mendapat sesuatu faedah selain dari Allah, atau paling tidak ibadah yang dikerjakan kerana Allah itu ingin ditunjukkan kepada orang lain, dengan tujuan mendapat pujian, atau penghormatan, pengiktirafan baginya, atau melaluinya (ibadah tersebut) ia mempunyai matlamat-matlamat yang lain dari matlamat-matlamat keredhaan Allah, pahala dari Allah, atau selain dari semata-mata menjunjung perintah Allah (swt).
Ibadah yang diriakkan itu pada hakikatnya, telah terkeluar dari status ibadah, kerana di dalam tiap-tiap keriakan yang haram itu berlaku, maka di  sana terdapat pula persamaan sekalipun jika tidak seratus peratus, persamaan di antara yang berhak dengan batil. Persamaan yang layak dengan yang tidak layak. Persamaan di antara yang mencipta dengan yang diciptakan dan lain-lain lagi.
Pendek kata, tiap-tiap ibadah, walaupun ia dikerjakan di hadapan khalayak ramai seperti di surau, masjid, di padang dan sebagainya, ianya dimestikan kepada satu zat sahaja, tanpa ada niat, atau maksud hendak menunjuk-nunjuk ibadah itu kepada sesiapa, untuk tujuan yang berfaedah, bahkan mesti tidak ada kepentingan dari ibadah yang dikerjakan untuk Allah itu kepada selain daripada dariNya walaupun sebesar zarah sekalipun. Jika masih mempunyai kepentingan darinya kepada selain daripada Allah (swt), maka itulah riak haram, dan ia adalah syirik khafi (syirik kecil), ia adalah perkongsian hak dan kuasa, secara halus, ia adalah haram.
Banyak hadis menunjukkan petunjuk-petunjuk yang haram itu melalui riak, segala amalannya tidak mendapat ganjaran dari Allah (swt) dan segala-galanya menjadi sia-sia, dan bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka yang terlibat itu pula akan diazabkan, kerana tidak jujur dengan ibadatnya, kerana wujudnya perkongsian ketika itu.
Dalam satu hadis Rasulullah (saw) bersabda maksudnya: “Jaga (diri) dari syirik kecil, (apabila ditanya) apa dia syirik kecil itu, sabdanya, riak.” (Khazinatul Asrar, 1/42)
2.         Riak Yang Diharuskan
Riak yang harus ini, tidak lain dari menunjukkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah (swt) kepada seorang, sebagai mensyukurinya, sepertimana firman Allah (swt) yang maksudnya:
“Adapun nikmat kurniaan Allah (s.w.t.) kepada kamu (wahai Muhammad) harus diceritakan, atau ditunjukkan kepada orang ramai.”(Surah ad-Dhuha, ayat 11)
Dalam riak yang harus ini, pada hakikatnya tidak ada perkongsian, atau matlamat sampingan di dalam mana-mana ibadah, dan pada hakikatnya, ia bukanlah satu riak yang diharamkan, cuma ada sedikit persamaan iaitu menunjuk-nunjukkan iaitu menunjukkan nikmat kurniaan Allah ke atasnya, dengan syarat sebagai mensyukurinya, ia adalah diharuskan selagi tidak tersalah anggapan terhadap pengurniaan itu, ia adalah dari Allah (swt).
3.         Riak Yang Digalakkan
Ada juga riak iaitu menunjukan-nunjukkan sesuatu kepada orang yang digalakkan, ia yang bermotif menarik perhatian umum supaya mereka juga melakukan sedemikian itu kerana Allah (swt).
Riak ini sebenarnya bukanlah riak dalam erti kata sebenar, atau menunjuk-nunjukkan yang diharamkan, kerana motifnya, ialah Allah (swt) juga, iaitu seperti menunjukkan derma, bantuan yang dihulurkan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, supaya timbul pada perasaan orang lain itu, keinginan untuk menghulurkan derma bakti kepada mereka-mereka yang memerlukannya. Begitu juga seperti mengiklankan, menunjukkan zakat yang hendak dikeluarkan, supaya ada mereka yang lain pula ingin mengeluarkan zakatnya kerana Allah (swt). Jadi tujuannya, untuk menggalakkan orang lain berbuat kebaikan.
Begitu juga dengan riak, atau menunjuk-nunjukkan sebagai pelajaran, supaya ia dipelajari. Pendek kata penunjukkan seperti di atas, adalah digalakkan, tetapi dengan syarat bahawa segala yang dilakukan itu mestilah kerana Allah (swt).  Mudah-mudahan dengan cara sedemikian boleh menarik orang ramai melakukan ibadah tersebut yang dikehendaki oleh Allah (swt).
Wallahu a’lam bissawab, wailmuhu atammu wa adalla.
(Perbahasan lanjut mengenai tajuk ini boleh dibaca dalam buku Nasbun Nuraini Jilid 4 di bawah tajuk Sifat Wuduk Kelapan Belas, Bab Pertama Berhubung Dengan Air Sembahyang (Wuduk) )


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Perkara Yang Berat Tentang Solat


Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat | Kita diwajibkan untuk memenunaikan solat lima waktu sehari semalam seperti mana yang terkandung dalam rukun Islam,bahawa orang Islam itu wajib mengikuti lima rukun Islam. Apa yang dimaksudkan dengan berat di sini? Apa yang cuba disampaikan adalah mengenai kekangan mahupun halangan dalam mengerjakan solat. Dalam usaha untuk mendirikan solat,sudah pasti akan terdapat halangan dan ini akan menyebabkan berlaku kita tidak khusyu’ dalam solat.
A. Berat sebelum melakukan sembahyang
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya.
Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.
Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :
  1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
  2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
  3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
  4. Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
  5. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
  6. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.
Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.
 B. Berat semasa sembahyang
Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang
 C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang
Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.
Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya.
Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.
Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Qaza' Adalah Haram

Jangan buat pesyen macam ni kat rambut tu.. Baca ni.. Pastu share dekat kawan-kawan..

 

Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع).

Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi
 meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Doa melembutkan hati anak-anak

Doa melembutkan hati anak-anak


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Tolong Menolong Amalan Mulia

Tolong Menolong Amalan Mulia




Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Golongan Mendapat Naungan ALLAH Di Padang Masyar

Golongan Mendapat Naungan ALLAH Di Padang Masyar



Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...