Mutiara Kata Pilihan 6



Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidak
akan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehingga
ada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiada
guru yang memimpinnya. - BUDIMAN

Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka.
Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logik
boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orang
yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu
menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegas
pasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh
rumput. - PERIBAHASA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar
pena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu
marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas
yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlah
ia membatasi hawa nafsunya. - SENECA

Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan
orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidup
manusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak
dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya
hujan di tengah hari. - HAMKA

Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,
angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukan
dan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melalui
jalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa
tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO
Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik
dan tinggi mutu amalan. - HAMKA

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah
luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata
hati kita. - HAMKA

Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebab
timbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS

Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyak
memberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS

Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMES

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, dan
apa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON

Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telah
jatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS

Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putus
asa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkan
oleh kegoncangan. - WATSON

Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yang
disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM

Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalan
tanpa rasa patah hati. - CARLYLE

Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat
kerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN

Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan dan
memperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendak
mengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL

Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagian
yang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelum
memikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,
tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalah
guru yang paling baik. - HAZLITT

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang
lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan
sendiri. - PLATO

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun
baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam
menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA

Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu
loncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER

Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS

Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah
kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO

Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demi
kepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kita
sendiri. - EDMUND BURKE

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada
dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilah
manusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO

Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang
dipegangnya. - PUJANGGA

Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukan
bagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.

Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapi
wang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalan
manusia. - POUW KIOE AN

Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatu
yang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU
Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan
sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggap
dirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa
tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita
selamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupan
itu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usaha
yang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,
akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda
sendiri. - WALTER B. PITKIN

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi
renggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi. - HAMKA

Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu
jahil. - IMAM SYAFIE

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di
kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW

Mutiara Kata Pilihan 5



Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi
kesan. - BEECHER

Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahan
kerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan,
menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB

Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibat
yang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA

Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan,
laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orang
yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX

Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES

Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi;
merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY

Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetap
dingin. - HATTA

Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orang
asing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang hal
itu. - LORD BURGHLEY

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang
dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN

Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalam
mengharunginya. - ANONIM

Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaan
nasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengan
demikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH

Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapi
kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS

Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM

Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika
engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman;
rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO

Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hari
ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlari
kencang. - PYTHAGORAS

Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotong
padi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi kerana
kerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yang
dilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE

Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.
Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itu
sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan
dahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan
ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan
anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapat
dipercayai. - BERTHOLD AUERBACH

Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi
penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA

Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah
dia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR

Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akan
menimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS

Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang
yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untuk
memperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF

Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya,
bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS

Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipu
muslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatu
pengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA

Mutiara Kata Pilihan 4


Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga
akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki
tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan
semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi
yang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,
angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan dan
ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi
mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang
diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum
diketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak
meragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hati
ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan
Tuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormati
kalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatan
juga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri
manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggut
kusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung
kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang
yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu
menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta
sejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada
yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung
dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk
buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan dan
menunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilah
pergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapi
tidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan
jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apa
juga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikan
besar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang
empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi
rebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S.

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorang
sahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat
diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukan
dalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukan
sama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasa
menghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besar
kemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalah
hubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk
hatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah
kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkan
hubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi
melainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET

Sabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak
suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untuk
memperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan
dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana
mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatu
ketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah
menjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga
mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yang
dicita. - LORD KILLEARN

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadap
diri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang anda
tidak suka. - CICERO

Masa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dan
kelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkan
muntah. - PERIBAHASA TIBET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...