Koleksi Tazkirah & Muhasabah

24.6.10

Mutiara Kata Pilihan 3


Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguh
berusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,
serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat
dipatahkan. - SCHILLER

Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuah
bila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS

Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dan
daripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah
merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat
bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia
tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak suka
di hina. - PERIBAHASA INGGERIS

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa
kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai
menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia
mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara
saja. - HAMKA

Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dan
kalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER

Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi
kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK

Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semua
yang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah
milik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE

Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidak
mahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS

Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian dan
perhiasan perempuan. - PEMUDA

Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk
menguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE

Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat
kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.
Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya
apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang
belum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY

Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnya
dalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan,
amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang
seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada
seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa
adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan
cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun
telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan
sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani dan
rohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diri
dalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,
tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan
mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan
bekas. - OVIDIUS

Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaan
memerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE

Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntut
yang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE

Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU

Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakan
keamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA

Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula
bahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanya
baik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.

Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN

Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan
masyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI

Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimau
ingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW

Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalaman
yang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE

Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat dan
untuk rakyat. - OSCAR WILDE

Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orang
yang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangatlah
nisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.
Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah,
ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun
bererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA

Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkan
ialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yang
ngeri. - PROF. L. STRUMPHELL

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang
yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih
sengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR

Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatan
dipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di dunia
mahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantung
kepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS

No comments: