Jom Sebarkan dan Boikot

Haron Din Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas


Tuan Guru Dato' Harun Din merupakan seorang tokoh agama yang tersohor di Malaysia. Kemahirannya dalam ilmu agama islam memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah, tersebar luas kisah bagaimana beliau memindahkan jin dengan menggunakan bas. Kisah ini terus menjadi buah mulut masyarakat. Bagaimanapun, telah terjumpa satu video penafian dari Tuan Guru sendiri. Saksikan

Salah Faham Terhadap Islam


Misconception in Islam atau salah faham terhadap Islam..perkara ni dah lama berlaku kan. Sama ada salah faham itu datang daripada umat Islam itu sendiri atau salah faham orang bukan Islam kepada Islam.

Kalau ia melibatkan salah faham umat Islam itu sendiri kepada agama yang dianutinya..sebab utama ialahKejahilan dalam ilmu agama. Mereka tidak dapat memahami ajaran Islam dengan baik dan akhirnya berprasangka buruk terhadap agama yang dianutinya sendiri. Pelik kan orang macam ni?!

Tapi, sekiranya salah faham itu datang daripada orang bukan Islam kepada Islam..ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka tidak mempelajari apa yang di ajar oleh Islam dan bukan semua orang bukan Islam benci akan agama Islam. Waktu saya pergi mengikuti kursus anjuran MAIS dulu..salah satu ilmu yang saya dapat ialah tentang ini. 

Salah faham terhadap Islam, Misconception in Islam, Punca Salah faham dalam Islam, Kesan salah faham dalam Islam, Cara mengatasi salah faham dalam Islam, Salah faham, Islam, Islam itu indah 

Punca salah faham terhadap Islam :

  • Media massa = Propaganda oleh mereka yang mengawal media massa. Mereka memburuk-burukkan Islam daripada segenap sudut sama ada dalam televisyen ataupun internet.
  • Bersikap prejudis = Prejudis terhadap Islam contohnya hal-hal seperti poligami, memakai hijab, berpuasa, hudud dan lain-lain. Tiada penerangan yang jelas dan akhirnya mereka membuat kesimpulan sendiri dan lahirlah perasaan berprasangka buruk terhadap Islam.
  • Muslim (Islam vs Muslim) = Mereka melihat Islam kepada sikap penganutnya, ramai orang Islam yang bersikap lebih teruk daripada mereka. Akhirnya, mereka tak nampak apa yang indah tentang Islam. Contohnya pergaduhan orang-orang politik sesama Islam.
Mungkin ada lagi beberapa punca salah faham terhadap Islam..jadi kita sebagai umat Islam, apa yang perlu kita lakukan? Fikirkan bersama-sama ~

( "Non Muslim" thinking )
Kebanyakan non muslim salah anggap tentang Islam..mereka sebenarnya tidak tahu hakikat Islam yang sebenar. Tidak semua orang bukan Islam membenci Islam dan ada juga orang bukan Islam sememangnya membenci Islam. Kita kena ingat perkara tu. 


Air Yang Paling Sedap Didunia (Air Mata Taubat)


"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

 

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...