Cara Tidur Sunnah Rasulullah



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.


1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

2) Banyak minum air di waktu pagi.

3) Banyak memakan atau meminum yang serba masam


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Hukum Belek al-Quran Guna Jari Yang Dibasahi Air Liur


Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air luir, pastu dia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Cuba jilat jari mung pastu calit kat muka orang lain. Dia marah tak? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.


Nanti ada orang kata, "habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macamana ustaz?". Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Kalau tak cukup secawan, ambil air satu baldi, apa susah!

"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa...". Dah tau ni, istighfar lah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.

Petikan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus (^_^)


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Solatlah Walau Dimana Saja Kita Berada...

Melaksanakan solat adalah perintah Allah. Maka wajib dikerjakan dengan sungguh-sungguh dalam keadaan apapun. Bahkan kalau Nabi dan para sahabat melaksanakan solat walau keadaan perang sekalipun. Ini adalah keadaan kecemasan di mana orang tetap solat. Indah sekali gan. Yuk kita semak sama sama.

Secara bahasa solat berasal dari bahasa Arab yang mempunyai makna, doa. Sedangkan, menurut istilah, solat bermakna siri kegiatan ibadah khusus atau tertentu yang bermula dengantakbiratul ihramdan diakhiri dengansalam. Dalam banyak hadis, Nabi Muhammad SAW telah memberikan amaran keras kepada orang yang suka meninggalkan solat, antaranya ia bersabda: Perjanjian yang memisahkan kita dengan mereka adalah solat. Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka bererti dia telahkafir.

Nah! Untuk membangkitkan keperluan Iman kita, semak perjuangan saudara sesama muslim kita, yang hendak menegakkan solat.




















Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...