7 'C' Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR


Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...


4 Ibu Utama

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu :
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada waktu:-

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan /kekuatan
Maghrib : Tidak diberi bantuan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Al-Quran: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com


Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka


EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita


Perkara Yang Mengabulkan Doa


3 Perkara kabulkan doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."
Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.
"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

Pengajaran :

3 syarat doa terkabul ialah :
1-Bersihkan harta dari yang haram.
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3-Bertaubat selalu.


Aku Sepasang Kasut

See full size image
Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer.
Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual
di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak
setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula
berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan
daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di
gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih
kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah
kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar
kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag
dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan
di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut
adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang
da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan
aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke
masjid bersamanya seorang. Di sana beliau
mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup
dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami
kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed
dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang
selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat
berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga
sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola.
Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika
berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika
dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana
dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku
agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan
ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke
masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan
padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah
rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan
aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak
rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri
lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung
ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil
peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk
bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi
tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan
aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat
adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam
kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku
mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap
isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan
aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang
sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum
dengan kebolehannya.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau
mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang
hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku
lebih banyak mendengar beliau memuji orang
berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu
menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal.
Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku
mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan
akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk
bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada
saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku
nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah
dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari
masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling
kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan.
Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari
mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah
kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki,
lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u
suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis.
Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam
kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka
orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan
menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang
berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan
kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak
ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik,
berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian.
Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak
hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian.
Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak
perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi
maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar
kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum
lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu
nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.


Akhirat Jua Yang Kekal Abadi...

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.

Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.

Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.

Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TEN memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.

Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cubamelarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita.

Wallahu 'Alam.

Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com


Sebab Turunnya Bencana

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu pemimpin kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Senjata Menghalang Syaitan


15 Senjata Menghalang Syaitan

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa tidak takut pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz - dzolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran dan faham maksudnya
- Membaca surah Yassin setiap pagi dan fahamkan maksudnya

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara - mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.



Foto Terakhir Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa

Dipercayai ini adalah salah satu daripada beberapa foto terakhir para penghuni Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan yang sempat dirakamkan secara berkumpulan beberapa ketika sebelum berlakunya tragedi tanah runtuh yang telah mengorbankan 16 orang dari mereka pada Sabtu 21 Mei 2011 lalu.

Pada hari tersebut Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa mengadakan satu majlis untuk meraikan lawatan dan kunjungan dari pihak Finas (Perbadanan Filem Nasional) yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang.

Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2011/05/foto-terakhir-penghuni-rumah-anak-anak.html#ixzz1NBLYdgJX
Dipercayai ini adalah salah satu daripada beberapa foto terakhir para penghuni Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan yang sempat dirakamkan secara berkumpulan beberapa ketika sebelum berlakunya tragedi tanah runtuh yang telah mengorbankan 16 orang dari mereka pada Sabtu 21 Mei 2011 lalu.

Pada hari tersebut Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa mengadakan satu majlis untuk meraikan lawatan dan kunjungan dari pihak Finas (Perbadanan Filem Nasional) yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang.





Semoga roh-roh mereka yang terkorban pada hari kejadian dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...Amin...
Al-Fatihah...


http://madah-tazkirah.blogspot.com
hDipercayai ini adalah salah satu daripada beberapa foto terakhir para penghuni Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan yang sempat dirakamkan secara berkumpulan beberapa ketika sebelum berlakunya tragedi tanah runtuh yang telah mengorbankan 16 orang dari mereka pada Sabtu 21 Mei 2011 lalu.

Pada hari tersebut Rumah Anak-anak Yatim At-Taqwa mengadakan satu majlis untuk meraikan lawatan dan kunjungan dari pihak Finas (Perbadanan Filem Nasional) yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang.

Semoga roh-roh mereka yang terkorban pada hari kejadian dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...Amin...Al-Fatihah... Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2011/05/foto-terakhir-penghuni-rumah-anak-anak.html#ixzz1NBJM0eWM

Amalan Yang Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan olehRasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


Ingatlah firman Allah yang berbunyi:

"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."
(Surah Al-Hajj: ayat 78)

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim saya mestilah:

1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.

Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain daripada Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan."
(Surah Al-Anbiyaa': ayat 22)

2. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seseorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
(Surah Al-Mukminun: ayat 115-116)

3. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab Allah untuk mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) `Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut itu'. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya."
(Surah An-Nahl: ayat 36)


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Antara Ibadat dan Adat


Umat Islam sekarang walaupun dalam era kebangkitan Islam lebih memberikan keutamaan kepada sambutan Aidil Fitri berbanding dengan ketibaan bulan Ramadhan yang mewajibkan ibadah puasa. Malah sebelum Ramadhan menjelang tiba, persiapan hari raya sudah terlebih dahulu diatur.

Walaupun dalam kegawatan ekonomi ketika ini, tiga atau empat bulan sebelumnya, persiapan pakaian untuk keluarga dan anak-anak sudah difikirkan dan sejumlah wang juga diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Jika persiapan dibuat di saat akhir, berbagai kesulitan akan timbul dan harga pakaian sudah melambung.

Tabiat umat Islam ketika menghadapi hari raya ini sudah difahami oleh golongan peniaga. Maka tidak hairanlah kenapa promosi jualan dan iklan besar-besaran untuk perayaan Aidil Fitri diadakan lebih awal lagi iaitu sebelum menjelang Ramadhan. Mereka akan meraih keuntungan besar dan lumayan hasil dari sikap dan tabiat kaum muslimin yang ‘aneh’ dalam menghadapi hari raya saban tahun.

Kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka. Biasanya, penganut agama lain mengadakan pesta hari raya, bersukaria dengan berbagai acara hiburan dan pesta makan minum dan majlis tari menari.

Keadaan yang sama akan ditemui sewaktu majlis sambutan Aidil Fitri di kalangan umat Islam walaupun boleh juga dibanggakan kehadiran kaum muslimin untuk menunaikan solat Aidil Fitri raya itu. Mereka turut bertakbir dan mengumandangkannya di masjid-masjid dan surau-surau serata pelosok. Malah ada yang menitiskan air mata mendengar alunan takbir hari raya yang begitu menyayukan.

Malangnya air mata yang mengalir itu bukan lahir dari keinsafan. Ia hanya disebabkan alunan takbir yang sesekali didengar itu mempengaruhi perasaan dan mencuit emosi. Tidak dinafikan ada manusia ada yang perasaannya mudah tersentuh dengan kesedihan irama lagu, tetapi bersikap tidak peduli apa yang terkandung di dalam lafaz takbir itu seperti juga orang yang menghafal ‘Asma ul-Husna’ kerana didorong oleh lagunya yang amat menarik, sementara sifat-sifat Allah yang terkandung dalam lafaz itu tidak dihiraukan.

Tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid hari raya itu. Walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya, namun tidak banyak yang mengambil tahu maksud dan pengertian lafaz yang diucapkan. Sedangkan antara maksudnya ialah:

"Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah.

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

Andainya mereka dapat menginsafi maksud ucapan takbir dan tahmid itu, tidak mungkin persiapan hari raya itu dilakukan begitu rupa, berbelanja besar untuk persiapan yang tidak perlu sehingga ke tahap membazir. Allah yang sedang dipuji sangat membenci perbuatan membazir.

Jika benar seperti pengakuannya bahawa dia menyembah Allah yang Esa dan yang Benar segala janji-janjiNya, mengapa pula mereka menjadi hamba kepada tuhan-tuhan ciptaan manusia? Mereka sebenarnya tidak bersedia membantu agama Allah untuk mendaulatkannya di muka bumi ini, walaupun lidah mereka mengaku untuk ikhlas terhadap agama Allah itu.

Jika benar mereka sedar akan laungan sanjungan terhadap Allah yang telah menghancurkan tentera Ahzab (tentera bersekutu kuffar) di zaman Rasulullah sehingga tentera Islam mencapai kejayaan, tetapi kini mengapa tentera bersekutu yang diketuai oleh golongan kuffar diundang dan diberi kepercayaan untuk menyelesaikan pertikaian umat Islam?

Jika demikian keadaannya, sesungguhnya ucapan takbir dan tahmid hari raya tidak lagi dihayati menurut sewajarnya, tetapi ia hanya sekadar senandung irama sayu di pagi raya, yang meruntun hati lantas terbit rasa pilu dan sedih semata-mata kerana suasana dan iramanya. Sedang maksud lafaz sebenarnya terus dilupakan.

Betapa Allah (SWT) menciptakan Aidil Fitri suatu ibadah dapat diukur dengan pengharaman puasa pada hari tersebut. Walaupun puasa itu adalah suatu ibadah, tetapi kerana agungnya Aidil Fitri itu maka Allah (SWT) melarang ibadah puasa dilakukan pada hari tersebut. Ini sebagai anugerah terhadap hambaNya yang telah sanggup berlapar dan dahaga juga menahan kemahuan seksnya di siang hari puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Bagaimanapun larangan berpuasa itu tidak boleh ditafsirkan sebagai isyarat untuk berpesta makanan, mengadakan segala macam jamuan dengan beranika juadah sehingga melampaui batas-batas kesederhanaan yang dituntut oleh Islam dalam semua keadaan.

Apabila meninjau budaya berhari raya di kalangan masyarakat Islam di kalangan masyarakat Islam di rantau Nusantara kebelakangan ini, ia memperlihatkan ibadah Aidil Fitri itu semakin tidak nyata. Ia sudah bercampur-baur dengan segala resam hidup masyarakat setempat dan juga budaya import.


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Fadhilat Ayat Kursi Menjelang Tidur


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi." Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Mengenal Munafik,Musyrik,kafir dan Murtad

Makna Munafik :

- Dari segi bahasa iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

- Dari sudut syarak iaitu seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan di dalam hati.

Biasanya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura menerima serta mengikut segala ajaran Islam namun sebenarnya di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran Islam yang suci ini.

Ciri-ciri yang dikaitkan dengan Munafik seperti:

1. Tidak Tetap dan Tidak Teguhnya Iman

Kategori manusia jenis ini boleh diumpamakan laksana lalang yang sering terbuai ke sana-ke mari ditiup angin. Mereka ini sentiasa berubah-ubah pendiriannya dan mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran.

2. Tindak Tanduk Yang Sentiasa Berubah-ubah

Mereka yang bersifat munafik boleh diumpamakan sebagai bintang filem yang hebat .Mereka ini sememangnya bijak berlakon. Ketika mereka bersama dengan orang yang baik dan soleh maka mereka turut baik dan melakukan ibadat bersama yang lain namun tatkala mereka berada bersama kumpulan yang lalai terhadap perintah Allah maka sifat diri mereka turut berubah.

3. Tidak Tetap Kata

Katanya sentiasa berubah-ubah. bilamana berada bersama orang muslim maka mereka memuji Islam dan segala ajarannya akan tetapi apabila berjauhan atau bersendirian dia menghina pula ajaran Islam.

4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas

Jika mereka membuat sesuatu kebaikan atau apa sahaja jasa kepada manusia lain maka mereka ini mengharapkan apa yang mereka buat itu mendapat balasan daripada orang lain. Golongan ini biasanya berbuat kebaikan demi balasan kebendaan samada dalam bentuk wang dan pangkat.

5. Jiwanya Tidak Tenteram

Hatinya sentiasa tidak tenteram kerana sentiasa hidup dalam kepura-puraan dengan masyarakat.

6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup

Mereka ini adalah golongan yang terlalu cintakan keduniaan dan hanya memikirkan kekayaan dunia tanpa sedikitpun sedar akan kepentingan bekalan Akhirat mereka.

Bayangkan betapa hinanya golongan munafik ini disisi Allah Taala dengan Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang munafik itu akan di tempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka”

( Surah al-Nisa:145 )

Bersambung....


Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...