Seruan Kubur


Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Love and Romance


"Men always want to be a woman's first love. Women like to be a man's last romance."

- Oscar Wilde

Rezeki


"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

Amalan Bulan Syaaban


Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”

Huraian

1. syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Cermin Diri


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Wanita Ahli Syurga


~Wanita yang kematian suami, sedangkan dia mempunyai ramai anak yang masih kecil. Dia dengan ikhlas hati menguruskan anaknya itu dan memberikan mereka pendidikan serta pelajaran dan melayan mereka dengan baik.

~Wanita yang ramai zuriatnya dan penyabar serta menerima dengan senang hati kekurangan dan kesempitan ketika bersama suami.

~Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya daripada perbuatan haram dan sentiasa patuh dan taat kepada Allah serta suaminya.

~Wanita yang bersifat pemalu, jika suaminya keluar, dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Apabila suaminya datang kepadanya, dia akan menjaga mulut daripada mengeluarkan perkataan yang tidak elok didengar.

Ketika Tidur


  1. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  2. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari.
  3. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari.
  4. Dalam sebuah hadis daripada Huzaifah katanya: "Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam apabila Baginda berbaring di tempat tidurnya, Baginda berdo'a (Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan aku hidup) dan apabila bangun Banginda membaca:
  5. (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali)."

SOALAN DALAM KUBUR - PERINGATAN BUAT SEMUA (KHASNYA KEPADA YANG ZALIM)


Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.

Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.

Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH

Soalan Pertama:

Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)

SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)

Soalan Kedua:

Malaikat : Siapakah NABI mu ?

SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)

Soalan Ketiga:

Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.

Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).

Soalan Keempat:

Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)

Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?

Soalan Kelima:

Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?

SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)

Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.

Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!

Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.

Bersihkan Diri


Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor...

Cinta Sejati


CINTA SEJATI bukan mengajar kita lemah...
tapi membangkitkan kekuatan
CINTA SEJATI bukan mengajar kita menghinakan diri...
tetapi menghembuskan kegagahan
CINTA SEJATI bukan melemahkan...
tapi menguatkan semangat

Bahagia dan Derita


" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Ujian Tuhan


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulisa amalnya, 'Tuliskan juga untuknya amal-amal salih yang biasa dia lakukan.' Kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baru - bersih suci dari dosanya; dan juka Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."

~Riwayat Anas Radiallahu anhu~

Amalan Paling Bermanfaat

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...