Misconception
in Islam atau salah
faham terhadap Islam..perkara ni dah lama berlaku kan. Sama ada salah faham itu
datang daripada umat Islam itu sendiri atau salah faham orang
bukan Islam kepada Islam.
Kalau ia melibatkan
salah faham umat Islam itu sendiri kepada agama yang dianutinya..sebab utama
ialahKejahilan dalam ilmu agama. Mereka tidak dapat memahami ajaran
Islam dengan baik dan akhirnya berprasangka buruk terhadap agama yang
dianutinya sendiri. Pelik kan orang macam ni?!
Tapi, sekiranya
salah faham itu datang daripada orang bukan Islam kepada Islam..ia bukanlah
sesuatu yang pelik kerana mereka tidak mempelajari apa yang di ajar oleh Islam
dan bukan semua orang bukan Islam benci akan agama Islam. Waktu saya pergi
mengikuti kursus anjuran MAIS dulu..salah satu ilmu yang saya dapat ialah
tentang ini.

Punca
salah faham terhadap Islam :
- Media massa =
Propaganda oleh mereka yang mengawal media massa. Mereka memburuk-burukkan
Islam daripada segenap sudut sama ada dalam televisyen ataupun internet.
- Bersikap
prejudis = Prejudis terhadap Islam contohnya hal-hal seperti poligami,
memakai hijab, berpuasa, hudud dan lain-lain. Tiada penerangan yang jelas
dan akhirnya mereka membuat kesimpulan sendiri dan lahirlah perasaan
berprasangka buruk terhadap Islam.
- Muslim (Islam
vs Muslim) = Mereka melihat Islam kepada sikap penganutnya, ramai orang
Islam yang bersikap lebih teruk daripada mereka. Akhirnya, mereka tak
nampak apa yang indah tentang Islam. Contohnya pergaduhan orang-orang
politik sesama Islam.
Mungkin ada lagi
beberapa punca salah faham terhadap Islam..jadi kita sebagai umat Islam, apa
yang perlu kita lakukan? Fikirkan bersama-sama ~
( "Non
Muslim" thinking )
Kebanyakan non
muslim salah anggap tentang Islam..mereka sebenarnya tidak tahu hakikat Islam
yang sebenar. Tidak semua orang bukan Islam membenci Islam dan ada juga orang
bukan Islam sememangnya membenci Islam. Kita kena ingat perkara tu.
No comments:
Post a Comment