"Semenjak Nabi
Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300
tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu
kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau
menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata
Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap
sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."
Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."
2 comments:
Subhanallah... airmata taubat nabi Adam shingga begitu skali darjatnya..
Ya Allah ampunkn dosa hamba2-Mu agr dtrima sgala amalan kami...
Sunggup menakjubkan..Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada sekalian manusia agar sentiasa memohon ampun kerana kita hanya manusia yang jahil
Post a Comment