Kata Hikmah Prof Dr Hamka


'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.


Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

Simbol-simbol


JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG - Tanda mesra

RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI - Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA -Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT - semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN - mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN - tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

Rama-rama dan Wanita


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.

Rama-rama mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.

Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1".

Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu ia sebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

10 Laluan...


1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Pemilihan Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-
Qamah seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang
mulia.

4 Jenis Manusia


Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi

Elakkan Makan...


1. Susu dgn ikan

2. Cuka dgn susu

3. Buah-buahan dgn susu

4. Daun salad dgn ikan

5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dgn daging kering

7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka

8. Cuka dgn nasi

9. Buah delima dgn serunding

10. Telur dgn ikan.


**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

Mengusir Syaitan


1. Isti'azah (Berlindung kepada Allah) - Beristiazah merupakan ubat yang paling mujarab untuk setiap gangguan syaitan. Allah berfirman: "Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan maka mohon perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fushilat 36)


2. Membaca surat:Al-Falaq dan surah Annas - Rasulullah bersabda: "Tidakkah engkau tahu bahawa malam hari ini turun sejumlah ayat yang belum pernah ada seumpamanya iaitu :Qul A'uzu birabbil-falaq dan Qul A'uzu birabbin Naas." (Muslim). Dari Aisyah r.a, Bukhari telah meriwayatkan bahawa Nabi saw manakala naik ketempat tidur setiap malam,baginda menghimpunkan dua tapak tangannya lalu meniupkan seraya membaca: Qulhuwallahu Ahad,Qul A'uzu birabbil falaq dan Qul A’uzu birabbinnaas kemudian mengusapkan ke seluruh badannya mulai dari kepalanya lalu muka dan seluruh bahagian badan depan sebanyak tiga kali.


3. Membaca ayat Kursi - Ayat Kursi di samping ia sebagai ayat yang paling agong kerana mengandungi dasar-dasar tauhid, juga ia laksana petir yang menyambar setiap syaitan yang mencuba mendekati seorang muslim saat ia membacanya menjelang tidur.


4. Menundukkan pandangan - Memandang yang diharamkan oleh Allah merupakan satu pintu syaitan yang paling berbahaya. Dengannya tidak sedikit orang masuk ke Jahannam. Dengannya iman menjadi lemah dan kelazatannya hilang. Dengannya fikiran pula menjadi keruh akal pun tumpul. Pandangan adalah pangkal dari kebanyakan bencana dan kejadian yang menimpa umat manusia. Pandangan menumbuhkan getaran perasaan, sedang getaran perasaan mendatangkan fikiran yang aneh-aneh yang melahirkan syahwat dan keinginan buruk. Sabar menahan pandangan mata jauh lebih mudah dan lebih ringan daripada menahan sabar derita dan bencana yang diakibatkannya.


5. Menjauhkan pendengaran dari hal-hal yang batil - Dalam hal menutup telinga ini kerap para pengikut kebatilan lebih ketat dari pengikut haq. Para pengikut kebatilan ini betul-betul menutup telinganya dari haq rapat-rapat sebagaimana firman Allah S.W.T.: "Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka. Mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan amat sangat." (Nuh 7)


6. Syaum (Puasa) - Puasa merupakan ubat pengganti pernikahan bagi yang belum mampu melakukannya. Rasulullah bersabda: Dengan puasa dapat melemahkan atau menahan hawa nafsu yang selalu mengganggunya. Dengan demikian, puasa atau syaum menjadi penghalang atau penyumbat pintu syaitan.


7. Nikah - Nikah merupakan satu cara untuk menutup pintu syaitan, kerana dengan bernikah lebih terpelihara pandangan dan kemaluan dan dengan menikah gejolak nafsu syahwat yang ditimbulkan oleh sang musuh dapat dikendalikan. Rasulullah bersabda: "Wahai segenap pemuda, barangsiapa diantara kalian yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Dan barangsiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa akan menjadi perisai baginya." (Hadis Riwayat Bukhari)


8. Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan (Ikatan Rumahtangga) - Salah satu pintu syaitan ialah bercerai berai. Antara faktor yang dapat menjamin jalinan kekeluargaan dalam Islam ialah memilih isteri yang solehah,menjauhkan kemampuan dari masyarakat jahiliah, hidup di tengah masyarakat yang Islamik, mendidik putera-puteri dengan pendidikan Islam dan sebagainya. Rasulullah bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian ialah yang paling baik akhlaknya terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku."


9. Muhasabah (Memeriksa diri) - Cara ini digunakan untuk mengubati penyakit yang timbul saat mempraktikkan amal jamaah (kerja bersama), riyak, suka populariti dan sebagainya. Semua penyakit ini ditabur oleh iblis ditengah-tengah jalan sang penyeru kebenaran agar menyimpang dan gagal. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah, hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok." (Al-Hasyr 18)


10. Mengenali hakikat dunia - Al-Quran telah memberikan gambaran begitu indah tentang dunia melalui ayat: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, lalu tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin." (Al-Kahfi 45). Rasulullah bersabda: "Dunia dibanding akhirat tak lain bagaikan seseorang memasukkan sebuah jari tangannya kelautan, lalu ia angkat kembali jari tersebut dengan air yang dibawahnya (yang melekat padanya)." (Muslim)


11. Komitmen terhadap jemaah - Komitmen terhadap jemaah muslim yang baik merupakan suatu hal yang tidak diingini oleh musuh Allah, kerana jemaah yang baik salah satu penyelamat dari neraka ketika sang musuh mengajak para pendukungnya ke neraka. Manusia itu terpengaruh oleh lingkungan yang mengelilinginya dan kebanyakkannya ia diwarnai oleh sifat-sifat masyarakat dimana ia hidup dan berkembang. Rasulullah bersabda: "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Bukhari)


12. Kata-kata lembut dan ucapan yang baik. - Kata-kata yang baik merupakan ubat untuk mengusir bisikan syaitan dari sebarang kejahatan firman Allah: "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka…" (Al-Isra 53) Kata-kata yang baik itu sedekah dan juga dapat menghindarkan diri dari api neraka. Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu dari neraka sekalipun dengan (sedekah) sebiji kurma. Jika tidak mendapatkannya, maka hendaklah dengan kata-kata yang baik." (Bukhari)

Jangan Berputus Asa, Rahmat Allah Maha Luas


Wajah Kesayangan Hamba,

Hapuslah air matamu

Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh

Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)

Muhasabah Diri


Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?

Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?

Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?

Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?

Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?

Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?

Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?

Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?

Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?

Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...