Khutbah ini disampaikan pada 9hb
Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa
yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap
bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah
telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam
perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai
hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu
dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat
(sembahyang) lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim
yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap
Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya
Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
No comments:
Post a Comment