Lalai Dengan Media Sosial


Dengan amukan ganas badai media sosial yang telah menyebabkan ramai yang lemas dalam lautan maklumat yang banyak mengelirukan dan yang telah merenggut masa berharga mereka, semakin jelas makna hadis Rasulullah, "Sebaik-baik keIslaman seseorang ialah dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya."..

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Adab Memotong Kuku & Kelebihannya

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.




Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Tanda-Tanda Hati Kotor

Tanda-Tanda Hati Kotor


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Soalan Kubur Telah Lama Bocor

Soalan kubur dah lama bocor, mampukah kita menjawabnya? Itu semua bergantung kepada amalan kita semua...


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Nasihat Dari Alam Kubur


Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.


Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
InsyaAllah..


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Jauhi Hutang

Jauhi hutang, bila ade hutang niat untuk cepat-cepat bayar. Semoga kita semua sempat bayar semua hutang sebelum mati. Aaammin ya Rabb.


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Hukum Berkabung Dalam Islam



Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405)
Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini.

Manakala perempuan yang beriddah kerana talak, para ulama’ sepakat bahawaperempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian bekas suaminya supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ie Rahimahullah bahawa sunat  ke atasnya berkabung.

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca lagi di blog Dr.Maza

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Tips Didik Anak Hafal Quran Seawal Usia 5 Tahun


Masyarakat muslim Indonesia sangat terkesima dengan sosok anak usia 5,5 tahun bernama Musa yang berhasil menghafal Al-Qur'an sebanyak 29 juz. Bahkan sekelas Ulama Doktor Amir Faishol yang merupakan Ahli Tafsir Al-Qur'an menangis haru dan mencium tangan Musa sebagai wujud penghormatan.


Dibalik keberhasilan Musa, ada peranan seorang Ayah Musa yang bernama La Ode Abu Hanafi. Berikut 10 TIPS mendidik dari Ayah Musa yang dikutip dari dialog  antara admin As-Sunnah dengan Abu Musa melalui whatsapp. 

  1. Cari istri sholehah yang kelak akan menjadi partner anda dalam mendidik anak
  2. Tegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil
  3. Jauhkan dari musik dan tontonan yang merusak
  4. Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak
  5. Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat
  6. Orang tua harus mnjadi contoh anak
  7. Orang tua ketika amar ma'ruf dan nahi mungkar harus ada rasa tega diri mereka kepada anak-anak, Contohnya ketika mmerintahkan belajar,banyak orang tua yang tidak tega. Ingat, Emas tidak akan jadi mulianya dan berharga kecuali setelah penempaan yang luar biasa.
  8. Tentukan jadwal anak seketat mungkin, kapan belajar, makan, mandi, bermain, dan orangtua harus istiqomah dan jangan di remehkan dan di langgar
  9. Jangan terlalu memperdulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqomah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai.
  10. Merkipun ada Ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap mempelihatkan Kelembutan kepada anak

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'



Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh .

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih
 afdhal. 
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.



 -
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

 Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."


Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah) .



Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Doa Ketika Memasak

Doa Ketika Memasak


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Derma Kepada Gaza

Ayuh membantu saudara kita di sana...




Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Hadis-Hadis Sahih Kelebihan Bulan Ramadhan



Hadis 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu   (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


Hadis 2

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”  (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)


Hadis 3

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi”  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Hadis 4

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hadis 5

Abu Umamah r.a berkata:

“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”   (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Hadis 6

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya”   (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Hadis 7

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya”   (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Hadis 8

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."   (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa'i)


Hadis 9

Dari 'Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : "Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kabilah Taimi mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan."  (Diriwayatkan Bukhari)


Hadis 10

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup  padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat  jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan"   (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti )


Hadis 11

Daripada Ibn `Abbas RA katanya:

"Adalah Nabi SAW manusia yang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang  bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)".   (Diriwayatkan Bukhari)


Hadis 12

Daripada Abu Hurairah RA katanya:


"Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya"   (Diriwayatkan Bukhari)

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Doa Ringkas Selepas Solat

doa ringkas

Doa Ringkas Selepas Solat 1



Dalam rumi :
Bis-milla-hirrahma-nirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.
Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.
Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.
Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jiliji wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Wana’uzubika minas-syarri kullihi, ‘a-jiliji wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.
Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam. 

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Doa Ringkas Selepas Solat 2

Dalam Rumi 
Bismillah hir'rahma nirra'him Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman waad khilnal jannata ma al iiman 
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim tahtam alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin - 
See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-selepas-solat-ringkas.html#sthash.dS1xYkRZ.dpuf

Maksudnya:


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Kenanglah Jasa Ibu Mu

Syurga dibawah tapak kaki ibu


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

Mulakan Hari Dengan Membaca Quran


Mulakan Harimu Dengan al-Quran


Mulakan hari ini dengan membaca Al-Quran... Sebelum mulakan tugas, elok di buka dan baca Al-Quran dahulu... Semua kita sepatutnya ada senaskah Al-Quran di meja kerja masing-masing...

Mulakan dengan membacanya 5 minit setiap hari. Dengan langkah pertama inilah, Insya Allah anda akan menjadikan 5 minit itu kepada 10 minit, kemudian setengah jam, sejam atau mungkin lebih…

Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi lebih bermakna jika kita faham akan maksudnya. Pastikan kita mempunyai tafsir Quran dalam bahasa yang kita lebih fahami. Cuba untuk membaca tafsiran ayat untuk apa yang telah kita baca pada hari tersebut…

Tujuannya ialah agar dengan berkat Al-Qur'an itu apa jua tugas dan khidmat kita untuk kehidupan di dunia ini, akan sentiasa terpimpin atau dipandu oleh petunjuk dan hidayah Allah swt, sesuai dengan sifat Al-Quran itu sendiri sebagai 'Hudan Lilmuttaqin' yakni petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa ..."

Sabda Nabi saw:
"Seutama-utama ibadah umatku ialah membaca Al-Qur'an."[Hadith riwayat Al-Baihaqi]

♥Selamat Beramal...Jom baca, fahami dan amal suruhan al-Quran♥


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...