Koleksi Tazkirah & Muhasabah

7.8.12

Koleksi Hadis Pendek


UMUM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” [Riwayat at-Tirmidzi]

Sabda Rasulullah s.a.w: Permudahlah (segala urusan), jangan dipersulit dan ajaklah dengan baik, jangan menyebabkan orang menjauh. [HR. Al-Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” [Sahih Bukhari]

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

‎"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Tidak ada wara' yang lebih baik dari menjaga diri (memelihara harga dan kehormatan diri). (HR. Ibnu Majah)

Kebajikan itu ialah akhlak yg baik dan dosa itu ialah sesuatu yg merisaukan dirimu dan kamu tidak senang bila diketahui orang lain. (HR Muslim)

Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. (HR Ahmad)

“Jika aku memerintahkan sebuah perkara kepada kalian, lakukanlah dengan segala kemampuan kalian. Dan apa-apa yang telah aku larang kalian mengerjakannya tinggalkanlah.” (Hadis Sahih Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: Orang pandai adalah yg rendah diri pada Allah dan beramal untuk bekalan mati. Orang dungu adalah yg turutkan nafsu dan berangan-angan kosong. (HR Tirmidzi)

“Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan kurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan” (HR Ahmad)

“Kekayaan (yg hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yg hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup” [R. Bukhari-Muslim)

Org yg kerdil yaitu orang yg hanya mengikuti hawa nafsunya tetapi ia mengharapkan berbagai harapan kpd Allah (HR Tirmidizi)

Sabda Nabi s.a.w: ”Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR al-Bukhari)

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah (HR Muslim)


Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya (HR Tirmidzi) 


Sabda Rasulullah s.a.w: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad)



Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat. (Riwayat Abn Majah)


Sesungguhnya Allah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik.” (Riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)


AKHLAK

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” [Riwayat Ahmad]


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.” [HR Muslim]


"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)


“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah sekali-kali berduaan dengan wanita yang tidak disertai mahram.” (HR. Ahmad)


Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim)


"Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari) 


"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari) 


"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi) 


AKHIRAT


Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim) 




AKIDAH


Barangsiapa yang akhir perkataannya Laa ilaha illallah, dia akan masuk surga. [HR. Bukhari]


AMANAH /JUJUR


“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukan kepada syurga."(HRBukhari)


DAAWAH


Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. (Sahih Muslim: 3492)


Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:"Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)


DOA

Dari Jabir ra, ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” [HR. Muslim dan Ahmad]

“Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” (HR: At-Tirmidzi)


"Ya Allah, aku belindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung dari siksa kubur." [HRBukhari]


“Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a .” (HR Tirmidzi 2065)


“Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang.” (HR Tirmidzi)


"Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah." (HR.Tirmidzi)


Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah. (HR. Ahmad)


Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebab Allah berbuat segala apa yang dikehendakiNya.  (HR Bukhari)


"Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, memohonlah kepada Allah.” (HR. At-Tirmidzi) 


“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah.” (HR. Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi) 

"Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat." (HR Abu Daud)



Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi)



HADIS


"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)

HAJI

Dan tidak ada ganjaran lain bagi haji mabrur (haji yang baik) selain syurga." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmdizi, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik]

HALAL DAN HARAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)


Rasulullah s.a.w. bersabda: Lelaki yang memakai cincin emas di tangannya seolah-olah mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya. (Sahih Muslim)


Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknyua." (HR At Tirmidzi).


HARTA


Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HRMuslim)


HATI


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)


"Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan selalu mendatangkan kegelisahan." (HR. Al Hakim Shahih) 



IBADAH


Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik. (HR. Abu Dawud)

IBU BAPA

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [Riwayat al-Hakim]


"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)


"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Bertakwalah kepada Allah Subhanallahu wata'ala dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu." (HR Bukhari dan Muslim) 


IHSAN



Dari Abu Hurairah ra., di mana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi :
“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari no. 50, Muslim]


IKHLAS


Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.” (HR Muslim)


ILMU


"Dan Barangsiapa menempuh suatu jalan demi menimba ilmu agama, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga" (HR Muslim).


Rasulullah Shalallahu`alaihiwassalam bersabda :“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud )


“Tuntutlah ilmu & belajarlah (utk ilmu) ketenangan & kehormatan diri, & bersikaplah rendah hati kpd org yg mengajar kamu.” (HR. Al-Thabrani)


"Ilmu tidak dapat diraih dengan mengistirahatkan badan (bermalas-malasan)." (HR Muslim)


"Sesungguhnya Allah murka terhadap orang yang mahir terhadap ilmu dunia namun bodoh terhadap ilmu akhirat." (HRAbu Daud)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Ilmu tidak dapat diraih dgn mengistirahatkan badan (bermalas-malasan)." ~ HR Muslim 


IMAN


Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa yg akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘laa ilaaha illallaah’, maka dia akan masuk syurga." (HR. Abu Daud) 


"Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim) 


“Orang yg redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul, nescaya akan merasakan kelazatan iman.” [HR. Muslim] 


ISTIGHFAR


“Barangsiapa tak henti beristighfar, nescaya Allah akan mengadakan baginya untuk setiap himpitan hidup solusi dan jalan keluar, untuk setiap kepedihan perlepasan dan kebebasan, serta memberinya rezeki secara tidak diduga-duga”.  (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas ra.)


ISTIQOMAH


Dan sesungguhnya amal yang paling Allah sukai ialah yang terus-menerus dikerjakan walaupun sedikit.  [HR Abu Dawud]


"Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR Bukhari dan Muslim)


ISTIGHFAR


"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan." (HR Abu Daud)


JUMAAT


“Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis dari Abu Hurairah r.a, riwayat 5 perawi kecuali Bukhari)

JUJUR


Wajib atas kalian untuk jujur,kerana kejujuran itu akan membimbing kepada kebaikan & kebaikan itu akan membimbing menuju syurga. (HR.Bukhari)


KEBAIKAN


"Barangsiapa mengajarkan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya." (HRMuslim)


KELUARGA


"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


"Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga." (Hadis Riwayat Abu Dawud).


MASA


Rasulullah s.a.w bersabda: "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


MAHRAM


Janganlah seorang lelaki duduk berdua2an dengan perempuan bukan mahram karena ada yang ketiganya iaitu syaitan. (Hadis Riwayat Abu Daud) 

PERSAUDARAAN

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]

Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi) 

Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” [HR Bukhari]

Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu/mengatasi kesulitan orang lain. [HR Ahmad]

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim." [HR Bukhari; No.1695, Jilid 4]

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)

Daripada Anas r.a bahawa “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya." (HRBukhari)

Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HRMuslim) 

Orang Muslim itu adalah saudara, janganlah kamu menganiayanya, janganlah kamu menghinanya, dan janganlah kamu merosakkannya. (HRMuslim) 
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 
(Al-Bukhari)

"Barangsiapa rendah hati kepada saudaranya semuslim maka Allah akan mengangkat derajatnya." (HR. Ath-Thabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah yg baik atau diamlah.” (HR Bukhari dan Muslim) 

"Sesiapa memberi kelonggaran org yg susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat." (HR Muslim) 

"Tidak ada dua orang Muslim yg bertemu kemudian bersalaman, melainkan diampuni dosa untuk keduanya sebelum berpisah." (HR. Abu Daud) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari) 

Sabda Rasulullah s.a.w : Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Allah akan senantiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya." (HR. Muslim : 2699) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu bersopan santun dan janganlah kamu kasar atau berkata keji." (HRBukhari). 

PUASA/RAMADAN

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam. (Riwayat Tarmizi dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)


* Lebih banyak hadis mengenai Puasa dan Ramadan di:
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/06/koleksi-hadis-ramadan.html

QURAN


Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” [Hadis riwayat al-Hakim]


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaannya. Dalam Taurat, Injil, Zabur dan Quran, tiada ada surah yang diturunkan sepertinya. Ia berisi tujuh ayat yang sering dibaca berulang-ulang (iaitu surah Al-Fatihah)," (Hadith Riwayat Tirmizi) 


Abu Hurairah juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Ibu Quran adalah surah al-fatihah, yang disebut sab'ul matsani." (Hadith Riwayat Bukhari.)

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.” (riwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk) --- (HR At Tabrani)

“Barangsiapa membaca Surah Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ( HR. At Tabrani )

Jabir bin Abdullah r.a menceritakan,“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” [HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah]

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yg aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” ( Riwayat Bukhari)

Tidaklah berhimpun suatu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, kecuali akan turun kepada mereka sakinah(rasa tenang) dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh Malaikat dan disebut oleh Allah dihadapan (Malaikat) yang berada dekatNya. (HR. Muslim)

“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma’at, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Juma’at.” (HR Hakim 3349 dan Baihaqi)



Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70,000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).


Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

Rasulullah s.a.w bersabda: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)

Tidaklah berhimpun suatu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, kecuali akan turun kepada mereka sakinah(rasa tenang) dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh Malaikat dan disebut oleh Allah dihadapan (Malaikat) yang berada dekatNya. (HR. Muslim)  

Dari Anas RA dari Nabi SAW yang bersabda: “Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali.”.” (HR At-Tirmizi)


Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya". (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud - dlm kitab Sa'adatul Darain)


Abu Sa’id al-Khudri berkata; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!” (HR  Imam Bukhari)


Hiasilah al-Qur'an dgn suaramu. Sesungguhnya suara yg bagus dpt menjadikan al-Qur'an bertambah indah" (HR Bukhari)

Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar al-Qur'an dan mengajarkannya. [HR.Bukhari]



Umatku yang termulia ialah penghafal Al Qur'an dan yg selalu shalat tengah malam (tahajud). (HR Thabrani)



Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap." (Bukhari dan Muslim)


REZEKI


Ya Allah, cukupilah aku dengan rizki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram. (HR At-Tirmidzi)


Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dgn seorang mujahid di jalan Allah. (HR Ahmad) 



Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat adalah orang yang memperoleh harta dari sumber tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka." - [HR Bukhari]


"Bangunlah pagi hari utk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan." (HR Ath-Thabrani)


Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HR. Muslim) 


SALAM


Jika kamu hendak masuk rumah, maka sebaiknya kamu ucapkan salam, kerana hal itu akan membawa keberkahan bagi kamu dan keluargamu. [HR Tirmidzi]


"Sesungguhnya orang yg lebih utama di sisi Allah adalah orang yg memulai salam terlebih dahulu kepada orang lain." (HR Ahmad & Abu Daud)


SEDEKAH


Bersedekahlah dan jangan lama disimpan dan ditahan. Sebab Allah akan menahan (kurnia-Nya) untukmu. [HR.Bukhari] 


"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." (HRTirmidzi)


"Ucapan yg baik merupakan sedekah dan setiap langkah yg diayunkan menuju sholat (berjamaah) merupakan sedekah." (HR.Bukhari)


"Sesungguhnya sedekah seseorang walau hanya sesuap, akan dikembang biakkan olehNya seperti gunung, maka bersedekahlah." (HR Bukhari Muslim)


Sabda Nabi s.a.w: “Sedekah yg paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SELAWAT

Sabda Nabi s.a.w “ Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” [Hadis Riwayat Tirmidzi]

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)." [HR Al Baihaqi]

Sabda Nabi s.a.w “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali , maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” [Hadis Riwayat Ahmad,Nasai & Al-Hakim]


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” [HR Abu Dawud]


SIKAP


Rasulullah SAW senantiasa optimis dan tidak pernah pesimis. Dia juga sangat menyukai nama yang indah. (HR. Ahmad)

SOLAT

‎"Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat" (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." [Riwayat Muslim]

Nabi s.a.w bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” [HR Muslim]

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)



“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu." (HR.Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah s.a.w : "Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat."  (HR: Abu Daud & al-Tarmizi)


"Rasulullah bila menghadapi suatu dilema (situasi yg sukar dan membingungkan) beliau shalat (Sunnah)." (HR Ahmad)



Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (HR Muslim)

SUNNAH

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.” (al-Bukhari)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : 'jika engkau ingin tidur, maka berwudhu'lah seperti wudhu'mu untuk sholat.'(HR. Abu Dawud : 5046)


Rasulullah saw. menggabungkan kedua tangannya dan meniupnya, dan membaca: surah al ikhlas, surah al falaq, surah an Nas. Kemudian beliau menyapukan kedua tangannya ke tubuhnya di mulai dari kepalanya, wajahnya, dan bahagian depan tubuhnya beliau s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali. (HR. Bukhari)


SYIRIK


Ramalan mujur-sial adalah syirik. (Rasulullah mengulanginya tiga kali). [HR. Bukhari dan Muslim]

TAKWA

Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya). Seseorang cukup dianggap jahat apabila ia menghina saudaranya yang Muslim." (HR. Tirmidzi) 


Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”. [Riwayat at-Tarmizi]


Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yg selalu takwa, selalu merasa cukup, dan berusaha menyembunyikan amal." [HR Muslim]


Laksanakan segala apa yg diwajibkan Allah, niscaya kamu menjadi orang yg paling bertakwa. (HR Thabrani)


Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allahakan memberinya ganti yang lebih baik. (HR. Ahmad) 


Dengarkan bacaan Quran yang merdu ini:





TAHAJJUD / QIYAMULLAIL

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]

Dari Jabir ra, ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” [HR. Muslim dan Ahmad]

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” [HR Muslim]


Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:"Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,: "Yang lama berdirinya.” [HR Muslim]


Umatku yang termulia ialah penghafal Al Qur'an dan yg selalu shalat tengah malam (tahajud). (HR Thabrani)

TAUBAT

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan." (HR. Ahmad)

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” [HR Muslim]


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)


TAUHID

Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati (HR Tirmidzi)


ZAKAT


Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

ZIKIR

Apabila kamu melewati taman-taman syurga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, "Apa yang dimaksud taman-taman syurga itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kelompok zikir (kelompok orang yang berzikir atau majlis taklim)." (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa membaca "SubhanALLAHi wabihamdih" 100x setiap hari nya maka berjatuhan dosa-dosa nya walau sebanyak buih di lautan." [Shahih Bukhari]

Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, iaitu kalimat: "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). [HR. Bukhari]

Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Aku dianjurkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, lebih disukai dari apa-apa yang matahari terbit di atasnya” (H.R. Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada amal perbuatan anak Adam yg lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah." [HR. Ahmad]

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani) 


Rasulullah menyebut-nyebut Allah setiap waktu (saat). - [HR. Muslim]


"Bila malaikat Allah dapati majlis zikir, ia duduk bersama, kelilingi dengan sayapnya hingga menutupi sampai ke langit." --- Rasulullah s.a.w (HR Muslim)


Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat. - (Riwayat Abn Majah) 


Yang pertama kali dipanggil untuk masuk syurga ialah orang-orang yang selalu bertahmid kepada Allah baik pada saat senang maupun susah. (HR Ath-Thabrani)


Rasulullah saw. pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Sabda Nabi s.aw: Seseorang yg membaca tasbih 100 kali itu dituliskan baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan baginya seribu dosa." (HR.Muslim)

HADIS KURSI

Rasulullah SAW bersabda: ["Firman Ar-Rabb (Allah SWT) 'Azzawajalla": "Barangsiapa yg menyibukkan diri dgn Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaku, nescaya Aku akan berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yg meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya"]. (Riwayat Imam At-Tarmizi dari Abi Sa'id Al-Khudri) 


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

2 comments:

Unknown said...

butut.ga ada hadist yg bertuliskan arabnya

tumismenumis said...

Salam,
Minta share untuk Hadis.my