25 Pesanan Luqman al-Hakim



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Berselawat


  1. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  2. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  3. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  5. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  7. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.

Sibuk Rasulullah VS Sibuk Kita


Rasulullah saw. sibuk kerana:

-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

-Bermunajat kpd Allah setiap malam

-Mengajar ilmu kpd sahabat setiap hari

-Berperang di jalan Allah

-Melayani isteri-isteri

-Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya

-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)

-Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

-Kerja

-Berhibur

-Termenung

-Menghabiskan Duit

-Keluarga (isteri dan anak-anak)

-Melangsaikan hutang ...

-Dan lain-lain..

Usah berduka cita


Usah berduka cita..... Kerana ia hanya akan mendorong anda untuk menghentikan peredaran masa, menahan mentari supaya tidak terbit, memutar jarum jam supaya berpusing ke belakang, dan mengembalikan air sungai ke sumber asalnya...


Usah juga berdukacita...Kerana kita mempunyai Quran, ada doa, ada sembahyang, ada sedekah, ada perbuatan baik, dan ada banyak amalan yang boleh memberi manfaat...!

Kembanglah Wahai Bunga



Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang
wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni
cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir
senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok
bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam
manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya
miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil
tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan
manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana
sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita
cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia
mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya
sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada
pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak
merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan
kecantikkannya maka suamilah yang
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah
dengan kehendak dan karenahnya. Lebih
malang jika si suami pula suka akan kecantikan
isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang
dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah
perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam
seandai kemahuannya tidak tercapai,
mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta
cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke
lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita
sama ada cantik atau tidak adalah pada
akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada
suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti
tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang
derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya
wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat
suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya,
ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya
memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka
diminati orang. Kasihan si bunga raya,
tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan
yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri
jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak
akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak
cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah
apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan
usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih
sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita
yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat
kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut
luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada
yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi
kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang
neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan
gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang
dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan
itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina
terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik
buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang
berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang
berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan
ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan
Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru
sanggup berjuang, berkorban apa saja demi
mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki
anak-anak tangga menuju ke puncak
taubat..

Sampaikan Amanat


Firman ALLAH: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. (An-Nisaa': ayat 58)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...