Percaya
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
untuk makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat
keistimewaan.
Antara orang
yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang
yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat
akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
2. Orang
yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
3. Orang
yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam
saf).
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
4. Kalangan
malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir
al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang
lalu."
5. Orang
yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia
melakukan solat."
6. Orang
yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat
Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas
malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap
tinggal.
"Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada
siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang
bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
"Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka
menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka
pada hari kiamat.'"
7. Orang
yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan
dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,
setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu
berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
8. Orang
yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya
seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara
kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'
"
9. Orang
yang sedang makan sahur.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
10. Orang
yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat
kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
11. Orang
yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersama nya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga
malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci."
Itulah
antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita
termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment