Motivasi Salah Untuk Berkahwin


Perkahwinan adalah fitrah bagi manusia. Tiada seiapa di dunia ini tidak menginginkan ikatan pernikahan yang kekal bahagia. Antara hasrat manusia yang naluri ialah melahirkan zuriat, lalu mendidik anak-anak menjadi manusia sempurna. Anak-anak pembawa legasi kita apabila kita memejamkan mata buat selamanya kelak.

Lalu, kita memotivasikan diri mencari pasangan untuk menemani kita melayari bahtera bernama rumahtangga. Biar begitu, kita janganlah hendaknya tersilap oleh motivasi-motivasi yang salah yang kadang-kala wujud dalam fikiran kita tentang perkahwinan:

Usia

Seringkali kita beranggapan salah bahawasanya kita harus berkahwin pada usia matang tertentu. Apa lagi jika teman-teman di sekeling kita sudah berumahtanga dan kedua orang tua sering pula mendesak “bila?” Tuhan punya perancangan-Nya bagi setiap insan. Sesungguhnya ketentuan jodoh adalah hak-Nya. Ingat kita berkahwin atas kudrat Tuhan bukan akibat tekanan dan paksaan sesiapa.

Agar Tidak Kesepian Lagi

Jangan berkahwin andai kita belum menang dalam melawan kesepian yang kita alami. Sering terjadi pada wanita yang menganggap dirinya dibelenggu kesepian yang terlalu lama dan menekan, maka dia menjadi terdesak. Yang paling minta dijauhi oleh lelaki yang mencari pasangan isteri ialah wanita-wanita yang amat terdesak untuk bersuami.

Telah Bertemu Calon Yang Sebaiknya

Ketika kita berasa kita telahpun menemui si dia yang kita rasa paling sesuai untuk kita, berhati-hatilah. Kita cenderung berkahwin dengan si dia yang kita rasa baik. Kita semestinya perlu mencari pasangan yang benar; kerana yang baik belum tentu benar, tetapi yang benar sudah pastinya yang baik.

Dorongan Material

Tidak akan menjamin bahagia malah bakal menjadikan kita hamba dunia dan kebendaan.

Terpikat Pada Fizikal

Kecantikan, kelembutan, kekacakan serta kegagahan apabila sudah menjangkau usia tua akan pudar malah akhirnya hilang.

Demi Nafsu

Khusus buat lelaki; janganlah berkahwin bila anda belum berjaya melawan nafsu shahwat anda. Usah bernikah semata-mata untuk menjadikan isteri sebagai pelepas bahana nafsu anda.

Mengilmukan Si Dia

Jangan sekali-kali kita menggunakan ilmu hitam dalam mendapatkan pasangan hidup. Berwaspadalah, apa yang ditabur itulah yang dituai. Mengamalkan ilmu hitam sebenarnya meterai perjanjian dengan syaitan. Tiada gunanya sekiranya kita sekadar mendapat tubuh si dia tetapi jiwanya buta dan mati terhadap kita.


2 comments:

SayaBaik said...

ye setuju. Sepatutnya semua ini demi Allah dan untuk agamanya. Tapi bukan ke kalau sebab-sebab macam rupa dsb itu kita boleh sandarkan demi allah? :)

Megah Angkasa said...

saya juga sokong pendapat saudara/ri ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...