- Dari segi bahasa iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
- Dari sudut syarak iaitu seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan di dalam hati.
Biasanya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura menerima serta mengikut segala ajaran Islam namun sebenarnya di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran Islam yang suci ini.
Ciri-ciri yang dikaitkan dengan Munafik seperti:
1. Tidak Tetap dan Tidak Teguhnya Iman
Kategori manusia jenis ini boleh diumpamakan laksana lalang yang sering terbuai ke sana-ke mari ditiup angin. Mereka ini sentiasa berubah-ubah pendiriannya dan mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran.
2. Tindak Tanduk Yang Sentiasa Berubah-ubah
Mereka yang bersifat munafik boleh diumpamakan sebagai bintang filem yang hebat .Mereka ini sememangnya bijak berlakon. Ketika mereka bersama dengan orang yang baik dan soleh maka mereka turut baik dan melakukan ibadat bersama yang lain namun tatkala mereka berada bersama kumpulan yang lalai terhadap perintah Allah maka sifat diri mereka turut berubah.
Katanya sentiasa berubah-ubah. bilamana berada bersama orang muslim maka mereka memuji Islam dan segala ajarannya akan tetapi apabila berjauhan atau bersendirian dia menghina pula ajaran Islam.
4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas
Jika mereka membuat sesuatu kebaikan atau apa sahaja jasa kepada manusia lain maka mereka ini mengharapkan apa yang mereka buat itu mendapat balasan daripada orang lain. Golongan ini biasanya berbuat kebaikan demi balasan kebendaan samada dalam bentuk wang dan pangkat.
5. Jiwanya Tidak Tenteram
Hatinya sentiasa tidak tenteram kerana sentiasa hidup dalam kepura-puraan dengan masyarakat.
6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup
Mereka ini adalah golongan yang terlalu cintakan keduniaan dan hanya memikirkan kekayaan dunia tanpa sedikitpun sedar akan kepentingan bekalan Akhirat mereka.
Bayangkan betapa hinanya golongan munafik ini disisi Allah Taala dengan Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang munafik itu akan di tempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka”
( Surah al-Nisa:145 )
Bersambung....
Info selanjutnya : http://madah-tazkirah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment