Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA
Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi
kesan. - BEECHER
Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahan
kerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan,
menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB
Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibat
yang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA
Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan,
laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orang
yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX
Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES
Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi;
merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY
Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetap
dingin. - HATTA
Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orang
asing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang hal
itu. - LORD BURGHLEY
Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang
dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR
Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik. - HAMKA
Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN
Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalam
mengharunginya. - ANONIM
Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaan
nasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengan
demikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH
Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapi
kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS
Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM
Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika
engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB
Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman;
rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO
Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hari
ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlari
kencang. - PYTHAGORAS
Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotong
padi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi kerana
kerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI
Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yang
dilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE
Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT
Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.
Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itu
sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA
Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan
dahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN
Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan
ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan
anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapat
dipercayai. - BERTHOLD AUERBACH
Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi
penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE
Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA
Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah
dia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR
Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akan
menimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS
Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang
yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untuk
memperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF
Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya,
bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS
Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipu
muslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatu
pengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE
Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA
1 comment:
kata-kata yg brmakna..^_^
Post a Comment