Koleksi Tazkirah & Muhasabah

24.6.10

Mutiara Kata Pilihan 4


Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga
akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki
tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan
semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi
yang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,
angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan dan
ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi
mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang
diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum
diketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak
meragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hati
ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan
Tuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormati
kalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatan
juga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri
manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggut
kusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung
kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang
yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu
menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta
sejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada
yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung
dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk
buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan dan
menunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilah
pergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapi
tidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan
jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apa
juga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikan
besar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang
empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi
rebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S.

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorang
sahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat
diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukan
dalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukan
sama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasa
menghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besar
kemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalah
hubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk
hatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah
kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkan
hubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi
melainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET

Sabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak
suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untuk
memperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan
dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana
mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatu
ketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah
menjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga
mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yang
dicita. - LORD KILLEARN

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadap
diri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang anda
tidak suka. - CICERO

Masa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dan
kelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkan
muntah. - PERIBAHASA TIBET

No comments: