Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa
juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO
Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalah
lebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangan
keberanian. - GOETH
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya
kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya
dapat diatasi. - HAMKA
Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam
mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO
Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada
harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya. - HAMKA
Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN
Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak
berguna. - HAMKA
Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan
ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus
hilang. - MARDEN O.S.
Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan
mendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akan
ditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinya
dimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA
Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib
ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi
pancaroba. - W.E. VAN WIJK
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu
bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk
bekerja. - SOEKARNO
Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh
orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak
jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'
Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang
tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteram
dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS
Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka
berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu. - HAMKA
Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan
masuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur
dalamnya. - STAHL. P.J.
Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yang
bijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yang
bermudarat. - F.D. ROOSEVELT
Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkan
dan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN
Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE
Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalam
hatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA
Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapat
apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanya
orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA
Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapi
sentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY
Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhir
dilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD
Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalah
itu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan boleh
melakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO
Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya
dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan
ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH
Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari
ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada
keadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada
ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT
Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap
keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak
dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE
Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjaya
terletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN
Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah
berilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain
dia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH
Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan
mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan
mudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau
tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia
melurus. - ABU DARDA
Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikit
mengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO
Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang,
tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN
Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batang
jarinya. - MARDEN O.S.
Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang,
mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKA
IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah
dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku
dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankan
Tuhan. - MAKSUD HADIS
Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahari
terbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT
Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguh
berusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,
serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat
dipatahkan. - SCHILLER
Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuah
bila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS
Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dan
daripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE
Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah
merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA
Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat
bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia
tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR
Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak suka
di hina. - PERIBAHASA INGGERIS
Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa
kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE
Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS
Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai
menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON
Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia
mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara
saja. - HAMKA
Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dan
kalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER
Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi
kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK
Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semua
yang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah
milik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE
Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidak
mahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS
Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian dan
perhiasan perempuan. - PEMUDA
Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk
menguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE
Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT
Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat
kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE
Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.
Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya
apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang
belum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY
Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnya
dalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan,
amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU
Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang
seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada
seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA
Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa
adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA
Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan
cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun
telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan
sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN
Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani dan
rohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diri
dalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO
Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,
tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER
Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS
Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan
mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan
bekas. - OVIDIUS
Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaan
memerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE
Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntut
yang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE
Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU
Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakan
keamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU
Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA
No comments:
Post a Comment