Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat. (Maksud Al-Hadith)
Solat ialah sesuatu yang amat berharga, yang ALLAH s.w.t. hadiahkan terus kepada RasulNYA tanpa melalui perantara. Orang yang mengenal ALLAH s.w.t. pasti akan memilih solat dari keseronokan lainnya. Muhammad bin Sirin, seorang ahli sufi, berkata:
Jika disuruh pilih antara Syurga dan (solat) dua rakaat, aku pilih (solat) dua rakaat itu kerana di antara kedua rakaat itu terdapat redha ALLAH, sedangkan di Syurga terdapat keredhaanku .
(Kata-kata ulama) Kemuliaan orang mukmin adalah pada solatnya, dan di dalam solat terdapat
segala ibadat yang lainnya. ALLAH s.w.t. berfirman dalam Al-Quran tentang orang-orang yang berbahagia : Iaitu orang-orang yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah, 2 : 3)
Orang bersolat sekadar bersolat itu ramai, tetapi sedikit sahaja tidak lalai, sedangkan solat yang lalai itu tiada bernilai: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, yang mereka itu lalai darisolatnya. (Surah Al-Maun, 107 : 4 - 5)Orang yang lalai dalam solatnya, pastilah kosong amalannya kerana Nabi telah bersabda: Setengah orang dan semua yang solat, namun solat itu tidak dituliskan untuknya melainkan hanya sepertiga, seperempat, seperlima atau seperenam. (Maksud Al-Hadith)Maksudnya, solat itu diganjari hanya sekadar apa yang direnungkannya, padahal solat yang disempurnakan tuntutan-tuntutannya itu menghapuskan dosa seperti yang Nabi SAW sabda: Sesiapa yang solat dua rakaat dengan hati menghadap kepada ALLAH, ALLAH mengampunkan dosanya seperti dihari dia dilahirkan ibunya.(Maksud Al-Hadith)Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya, enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya.Pertama: Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith)Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:(1) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.(2) mengetahui mana yang fardhu dan mana yangsunat wudhu.(3) mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapatmemeranginya.Kedua: Wudhu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu). (Maksud Al-Hadith)Wudhu itu terbahagi kepada tiga :(1) menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.(2) menyucikan badan dari dosa.(3) membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.Ketiga: Berpakaian. ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31)Kesempurnaan berpakaian itu :(1) halal.(2) suci dari najis.(3) sesuaidengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.Keempat: Menjaga waktu. Firman ALLAH s.w.t. : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103)Tiga bahagian penjagaan waktu:(1) dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.(2) mendengar azan.(3) fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka.Kelima: Menghadap kiblat. Firman ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144)Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga:(1) menghadap kiblat dengan muka.(2) menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.(3) khusyuk dengan solat yang didirikan.Keenam: Niat. bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dariUmar r.a.)Tiga aspek kesempurnaan niat:(1) mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.(2) sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.(3) sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasaKetujuh : Takbir. Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith)Tiga bahagian kesempurnaan takbir:(1) membaca takbir dengan benar.(2) mengangkat tangan ke paras telinga.(3) hati terlintas niat.Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri). Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238)Tiga bahagian kesempurnaan berdiri:(1) Menempatkan pandangan ke tempat ujud.(2) memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.(3) tidak enoleh ke kiri atau ke kanan.Kesembilan: Membaca Al-Fatihah. Firman ALLAH s.w.t. : leh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20)Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah:(1) membaca dengan betul tajwid dan artil (dengan lagu).(2) merenung maknanya.(3) mengamalkan apa yang ibaca.Kesepuluh: Rukuk. Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)Kesempurnaan rukuk ada tiga hal:1) Meletakkan tangan ke lutut dengan ari-jari direnggangkan.(2) bertomaninah.(3) membaca tasbih.Kesebelas: Sujud. Firman ALLAH s.w.t. : an sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu enar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37)Tiga bahagian kesempurnaan sujud:(1) meletakkan tangan sama dengan kedua elinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.(2) ertomaninah.(3) membaca tasbihKedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir). Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya.(Maksud Al-Hadith)Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud:(1) duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.(2) membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.(3) memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas :Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 :2)Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baikdari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)
No comments:
Post a Comment