Koleksi Tazkirah & Muhasabah

3.7.11

Khitan Bagi Wanita


Saya yakin ramai diantara kita tahu bahawa perkara berkhitan pada orang lelaki adalah wajib menurut hukum Islam. Namun tidak ramai yang ingin mengetahui tentang khitan yang diharuskan oleh Islam terhadap kaum wanita. Mengapa ianya diharuskan dan apakah faedahnya mengikut pandangan Islam. Ikuti tajuk ini moga ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan tentangnya. InsyaAllah.

Bismilillahirrahmanirrahim.

DEFINISI KHITAN.

Menurut Ibnu Manzur, khitan berasal dari 'al-khatnu'. iaitu bahagian yang harus dipotong dari kaum laki-laki mahu pun wanita. Para ulama ilmu syariat mendifinasikan sebagai berikut: "memotong sebahagian dari sebahagian tertentu dari anggota tubuh yang tertentu."

Menurut Al-Mawardy, khitan orang laki-laki ialah dengan memotong kulit yang meliputi kepala zakar. Yang baik adalah pemotongan di pangkal kulit sejak dari pangkal kepala itu sendiri sehingga tiada lagi kulit yang menutupi kepala zakar itu. Dan khitan bagi kaum wanita ialah dengan memotong kulit dibahagian atas (hujung ) vagina. Sepotong hadith menyatakan sabda Rasulullah SAW tentang khitan bagi kaum wanita maksudnya: "Sederhanakanlah dan janganlah berlebihan-lebihan, kerana hal itu lebih menampakkan kecantikan di wajah dan mendatangkan keni'matan baginya di sisi suami." (Hadith Ar-Tarmizi) Maksudnya, janganlah engkau berlebih-lebihan memotongnya. Tujuan khitan bagi laki-laki adlah untuk mensucikannya dari unsur-unsur najis di dalam qulfah (kulit) dan tujuan khitan bagi wanita ialah untuk mengawal nafsu shawatnya.

Cuba bandingkan nafsu muslimah dengan wanita yang tidak melakukan khitan Nafsu mereka lebih kuat maka seringkali terjadi perbuatan tidak senonoh. Jadi janganlah kamu memotong secara berlebih-lebihan untuk mengelakkan dorongan seksualnya menjadi lemah.

kebaikan berkhitan (memotong qulfah) mempunyai pengaruh yang sangat baik bagi hubungan suami isteri. Muslimah sejati akan meni'mati rasa kepuasan yang bersederhana berbeza dengan wanita yang tidak berkhitan akan mendapat kepuasan yang memuncak sehingga boleh memudharatkan diri. Inilah bezanya muslimah dengan wanita bukan Islam yang menjaga sunnah dan agamanya.


Sumber: http://madah-tazkirah.blogspot.com

No comments: