Koleksi Tazkirah & Muhasabah

14.7.11

Taubat Lelaki Sibuk

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: "Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: "Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?" "Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia." Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya."

"Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri." Kata lelaki itu.

"Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?" Hasan Al-Basri bertanya.

"Aku setiap hari tersepit di antara ni'mat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri ni'mat-ni'mat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut." Jawab lelaki itu.

"Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan." Kata Hasan Al-Basri.

dipetik dari laman Darul Nu'man

No comments: