Koleksi Tazkirah & Muhasabah

12.7.11

Doa Melindungi Gangguan Syaitan


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. Diantara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita.

Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!! Awas!! ini adalah suara SYAITAN YANG DIREJAM! SYAITAN YANG DILAKNAT! sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam menangani bisikan syaitan ini baginda menasihatkan kepada umatnya dengan bersabda maksudnya: "Dari Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu ia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah akan menciptakan Allah?" Apabila seorang diantara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah ia berkata "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (HR. Ahmad dengan sanad hassan)

Ketahuilah syaitan itu akan cuba sedaya upaya menyesatkan akidah manusia..terutama orang-orang Islam. Dia akan datang membisikkan didalam hati seolah-olah kita bertanya kepada diri kita sendiri..siapa yang menciptakan itu, siapa yang menciptakan ini lalu akan membisikkan siapa yang menciptakan ALLAH. Dari hadith diatas Rasulullah SAW menyuruhkan mengucapkan doa agar syaitan itu berlalu pergi.

Sesungguhnya Allah itu ada satu tidak pula beranak dan tidak diperanakkan. Nasihat ini perlu diajar kepada anak-anak kerana diwaktu sifat ingin tahu lebih kuat dari kita orang dewasa yang telah mengetahui akan siapa Allah itu.

No comments: