Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata
sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling
penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul
khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak
selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau
telah putus haid.
Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu
mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin
harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga
lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan
menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga
tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan
berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala
daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak
memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah
keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk
mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari
Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh
apa-apa".
No comments:
Post a Comment