Jiwa kita akan
menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan
pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
2. Perbanyakkan
membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar
akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima
waktu dan waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Perbanyakkan
solat sunat
Sebagai mahkluk
paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam
kehidupan seharian. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat,
solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu
berdoa pada Allah
Allah telah berpesan
iaitu jangan menyembah selain daripadaNYA yang bererti kita disuruh berdoa
hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu
Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan
memakbulkan doa hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar
bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di
samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.
5. Bersangka
baik dengan Allah
Kita sebagai manusia
biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.
Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita
sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6. Lakukan kegiatan
luar seperti bersukan
Orang ramai selalu
berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala
tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan
jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan
kukuh.
7. Amal diet
dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan
yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan slaah satu faktor tekanan
sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan
dietdengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal boleh menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
8. Menangis
dengan sepuas hati
Tekanan yang
dihadapi sekiranya melibatkan individu lain dapat diredhakan melalui luahan
hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu pada sehelai
kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan dalam hari boleh menyebabkan diri merana.
“Luaran lain hati lain” yang terdapat pada sesetengah individu apabila mereka
bijak menyembunyikan perasaan sebenar/ permasalahan dihadapan orang lain. Maka
dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9. Hargai
kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai
satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri,
maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain ketika bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan
kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Yang
paling penting kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
No comments:
Post a Comment