Koleksi Tazkirah & Muhasabah

26.7.12

Solat Sunat Rawatib


Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor�
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.


Sabda Rasulullah s.a.w :

عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة
(متفق عليه)
Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq �alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

  1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
  2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.





Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

No comments: