Maklumat ini ana dapat daripada buku 239 Kesalahan Di Dalam Solat karanganAbdullah Al-Qari Hj Salleh m/s 34
Al-Muhaddith Muhammad Ibn Madyan pernah menulis di dalam kitabnya;
Bacaan Amin terdapat empat (4) bentuk:
1. Aaaaaaamiin iaitu secara Mad (3 alif atau 6 harakat) dan takhfif (meringan tanpa tasydid). Inilah bacaan yang paling jelas dan masyhur.
2. Aaamiin iaitu secara qasar (pendek) sekadar 1 Alif atau 2 harakat dan takhfif.
3. Eemiin iaitu secara Imalah (Bunyi melencung)
4. Aaaaaaammiin iaitu secara Mad (3 Alif) dan tasydid mim
Dua bacaan yang pertama adalah masyhur. Menurut Imam Nawawi: Bacaan yang terpilih adalah yang pertama (rujuk Al-Adzkar)
Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek),
ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek),
ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.
3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang),
ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)
4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati),
ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.
Wallahualam.
Meng 'Amin' kan Bacaan al-Fatihah
Soalan:
Assalamulaikum wrt;
Jelaskan cara meng 'Amin' kan bacaan al-Fatihah di dalam sembahyang berjemaah mengikut sunnah?
Abu Ahmad Amin, Subang Jaya
Jawapan:
Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca amin yang bermakna"Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah, maka makmum tidak boleh mendahului bacaan amin imam. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca amin".
Adapun berkenaan dengan ucapan amin makmum dalam solat berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam membaca aminhendaklah engkau membaca amin, kerana sesungguhnya para malaikat membaca aminbersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan aminnya dengan ucapanamin para malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu".(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"
No comments:
Post a Comment