’’>

Doa Mohon Mudah Segala Urusan

Doa Mohon Mudah Segala Urusan





Jom Tutup Aurat

Doa Supaya Anak Pandai Belajar

Doa Supaya Anak Pandai Belajar

Hargai Jasa Mereka

Hargai jasa mereka :

"kalau engkau menghadap makanan, fikirkn berapa ramai yang membuat jasa. Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan, sedangkan mereka miskin. Ada makanan dari jasa buruh-buruh kilang, sedangkan mereka lebi susah dari kita"



Doa Supaya Mati Dalam Islam

Khasiat Habbatus Sauda


Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Khasiat Habbatus Sauda


Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Perkara Yang Terjadi Apabila Lelaki dan Wanita Bersentuhan




Pada perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan muhrim atau pasangan masing-masing diluar sana..

Lihat tanda merah dalam gambar di atas


Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan anu kerana nafsu semata..

Akhlak Penentu Jatuh Bangun Peradaban Manusia



Sejarah buktikan hanya kebaikan teras kemenangan

BULAN Rejab sudah menampakkan sinarnya. Golongan pencinta amal kebajikan menganggapnya sebagai masa untuk memanaskan badan sementara menunggu bulan yang lebih agung iaitu Ramadan. Ada sesetengahnya pula sudah memasang niat untuk mempertingkatkan amalan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Tidak kurang juga yang mula mengganti puasa yang ditinggalkan dulu atas pelbagai sebab, begitu juga amalan puasa sunat.

Ayat al-Quran mahupun al-Hadis sarat galakan supaya setiap manusia sentiasa melazimkan kebaikan dalam kehidupan sehari-hari. Neraca inilah yang menjadi pertimbangan kepada jatuh bangunnya sebuah peradaban manusia.

Lipatan sejarah jelas menunjukkan akhlak mulia setiap lapisan masyarakat menjadi teras kepada kemenangan dalam sebuah perjuangan. Merujuk kepada hadis masyhur, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad).

Hanya selepas 800 tahun, ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada tangan Kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor terpenting membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera itu, tidak seorang pun yang pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan daripada kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh. 

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan itu mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup mereka kini.

Bagaimana mahu memastikan harta benda sentiasa terjaga jika kejadian pecah rumah dan samun bermaharajalela setiap hari? Harus bagaimana memastikan anak muda remaja menjaga maruahnya sedang kerosakan nilai budaya masyarakat dipaparkan dalam media cetak dan elektronik sehari-hari?

Persoalan inilah yang harus dicari jawapan supaya selama-lamanya manusia tidak hanyut berada dalam lingkungan tidak sihat, berbudaya negatif, berakhlak tidak sopan dan hidup dalam acuan yang tidak Islam.

Pelaksanaan kepada kebaikan datangnya dari hati dan dorongan dalaman yang kuat. Niat saja tidak cukup, malah mesti digerakkan melalui tindakan. Namun, niat itu sendiri sudah mendatangkan pahala kepada si pelaku.

Sehubungan itu, atas rahmat dan kasih sayang Allah, pasti akan memberikan balasan setimpal untuk niat dan keinginan hati seseorang. Ketinggian sifat Pengasih Allah SWT ini dikurniakan juga walaupun kebaikan itu tidak dilaksanakan, malah jika berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak ditunaikan, akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Dalam hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menuliskan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia telah menerangkan hal itu. Barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita untuk membuat kebaikan dan melaksanakannya, maka Allah akan menuliskan baginya sepuluh sehingga 700 kali ganda kebaikan malah berlipat-lipat kali ganda. Barang siapa pula yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tidak beramal dengannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika ia bercita-cita untuk melakukan kejahatan dan dilaksanakan kejahatan itu, maka Allah SWT hanya akan menuliskan baginya satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini tidak sepatutnya menjadi hujah kepada ahli kejahatan untuk berbuat jahat, kononnya hanya akan tertulis satu kejahatan saja, tetapi ia harus menjadi perangsang dan motivasi supaya sentiasa menghiasi diri dengan sifat dan akhlak mulia. Kejahatan tetap dinilai suatu yang mungkar walaupun ia kecil, namun kebaikan itu dilihat amat besar walaupun dilakukan sedikit saja.

Amal salih inilah sebenarnya prasyarat utama untuk menemui Allah di akhirat kelak dengan hati penuh ketundukan kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin bertemu Tuhannya (di akhirat kelak), maka hendaklah ia melakukan amal salih dan tidak mensyirikkan-Nya dalam setiap amal ibadahnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 110).

Perhatikan maksud firman Allah: “Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Surah al-Isra’, ayat 74-75).

Ayat ini memberi ancaman bahawa perlakuan dosa itu perlu dijauhkan supaya tidak menjadi satu perkara biasa yang diulang dan diulang. Begitu juga martabat kebaikan dan pahala yang dikurniakan-Nya juga bergantung kepada kualiti ketaatan dilakukan, semakin baik dan tinggi mutu ibadahnya, maka semakin meningkat ganjaran dikurniakan Allah SWT.

Justeru, buatlah kebaikan sama ada untuk diri sendiri apatah lagi untuk manfaat orang lain demi kesenangan hidup di alam akhirat nanti. Insya-Allah segala kebajikan itu ada pulangan yang baik di sisi Allah SWT.

Etika Perniagaan Dalam Islam




Oleh Nor Hartini Saari

Hak peniaga, pelanggan dilindungi berdasarkan sikap amanah, jujur

DALAM sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki.” (Al-Tirmizi). Dengan mengambil pengajaran daripada hadis itu, setiap peniaga Muslim perlu memahami bahawa pembabitan mereka dalam urusan perniagaan adalah satu ibadat dan sangat dituntut dalam Islam.

Namun begitu, setiap peniaga Muslim wajar mengetahui dan memahami etika perniagaan Islam secara mendalam sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan terutama dalam mengendalikan urusan jual-beli bersama pelanggan.

Tujuan etika perniagaan Islam ini adalah untuk memastikan setiap peniaga yang menceburi dalam bidang perniagaan dapat mengelakkan diri daripada segala sifat keji (mazmumah) dan menghiasinya dengan sifat terpuji (mahmudah).

Keadaan ini penting bagi menjamin kepentingan ummah dapat terpelihara daripada segala unsur yang boleh mencetuskan perbalahan, ketidakadilan, pertikaian, penindasan dan rasa ketidakpuasan hati dapat dihalang. Di samping itu, mereka dapat melindungi hak kedua-dua pihak iaitu antara peniaga sebagai penjual dan pengguna sebagai pelanggan barangan terbabit.

Hak kedua-dua pihak ini perlu dijaga bagi memastikan setiap perniagaan yang dijalankan berlangsung dengan baik dan dapat menjauhi semua unsur penipuan. Dalam al-Quran berulang kali mengingatkan peniaga supaya bersikap jujur dan melarang keras melakukan penipuan serta penyelewengan dalam perniagaan. Peringatan yang berulang kali ini menggambarkan bahawa penipuan dalam bentuk dan kadar yang pelbagai adalah sesuatu yang sering terjadi dalam dunia perniagaan.

Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.” (Al-An‘am, 6:152) selain “Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.” (Surah Hud, ayat, 84).

Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa penipuan daripada segala segi adalah haram dalam etika perniagaan Islam. Dengan penipuan akan rosaklah hubungan antara pembeli dan penjual, malah boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan. Oleh itu, sifat jujur peniaga dapat menghindari kesan negatif terhadap perhubungan antara peniaga dan pelanggan mereka.

Begitu juga sebagai peniaga Muslim dianjurkan supaya menitikberatkan kualiti kerja atau hasil atas barangan yang diniagakan. Islam menegah peniaga mengeksploitasi pelanggan dengan menjual barangan yang berkualiti rendah pada harga yang tinggi semata-mata kerana tidak ada orang lain yang menawarkan barangan yang serupa.

Kualiti produk yang rendah tidak dapat menjamin pembelian pada masa depan dan tidak dapat menjamin kesetiaan pelanggan kepada barangan berkenaan. Implikasinya akan membawa kepada kegagalan perniagaan. Barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan bukan saja dapat meningkatkan jualan tetapi juga dapat menjaga reputasi perniagaan.

Selain itu, sebagai peniaga Muslim, mereka perlu amanah. Islam melarang keras peniaga yang tidak amanah. Peniaga tidak boleh membohongi dan mengkhianati pelanggan, menjual barangan dengan harga terlalu tinggi dan melengahkan pembayaran kepada pengedar atau pembekal barangan ke kedainya.

Misalnya, dalam perniagaan menerusi internet, walaupun peniaga tidak bersemuka dengan pelanggan, namun mereka perlu menjaga amanah dalam memastikan barangan yang ditempah itu sama kualitinya dengan barang yang dipesan.

Penekanan supaya amanah ini disebut dalam ayat al-Quran yang mana Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa ayat 58).

Peniaga yang beretika juga perlu melaksanakan al-‘Adl atau keadilan. Ini bermaksud peniaga harus bersikap sederhana dalam semua perkara tanpa menguntungkan sebelah pihak, layanan sama rata atau saksama terhadap semua pelanggan, memberi pertimbangan yang adil dan tidak berat sebelah serta memberikan hak kepada orang yang berhak.

Dalam erti kata lain, keadilan bererti meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan.” (Surah an-Nahl, ayat 90).

Oleh itu, keadilan dalam perniagaan akan memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang sama ada pembeli atau penjual akan mendapat haknya.

Begitu juga dalam setiap perniagaan, sebagai peniaga Muslim hendaklah sentiasa mengutamakan hubungan komunikasi antara pelanggan. Ucap kata-kata manis, saling hormat-menghormati, lemah-lembut dan cubalah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.

Selain itu, peniaga hendaklah sentiasa berlapang dada dan berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Ketepatan masa juga salah satu nilai dan etika yang ditekankan dalam perniagaan Islam. Penggunaan masa secara baik dan berkesan akan dapat membantu peniaga dan pengusaha menyempurnakan kerja dengan cepat, tepat dan menepati masa yang ditetapkan.

Menerusi perbincangan di atas, jelaslah dengan kewujudan peniaga beretika berlandaskan ajaran al-Quran, sudah tentu dapat membentuk peribadi mulia dan seterusnya mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

Hukum Menghadiri Kenduri Kahwin

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah
wajib terhadap setiap orang yang dijemput
kecuali ada sesuatu keuzuran.
Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat Sunat Gerhana Bulan




Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada malam ini 4 Jun 2012 (Isnin) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)
Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Cara-cara
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

Pelaksanaan
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama: Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua: Disebut dengan “ ال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga: Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Aturan
  1. Disunatkan mandi sebelum solat.
  2. Bilal menyeru   ”    الص ـل ة ج امـ ع ة   “
  3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  4. Berniat mengerjakan solat gerhana
  5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
  6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
  7. Baca al-Fatihah dan Surah.
  8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
  9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
  10. Baca al-Fatihah dan Surah.
  11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
  12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
  13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
  14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
Ingatan
  1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
  3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan (  سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring  (جـهر)

Permasalahan Generasi Muda Hari Ini


Hari ni kita sering mendengar berita kehilangan ramai remaja perempuan sejak mutakhir ini sama ada disebabkan kes culik, sengaja lari dari rumah atas faktor marahkan keluarga atau mengikut teman lelaki.
Kejadian ini seperti menggambarkan kepada kita permasalahan akhlak dalam generasi muda hari ini agak membimbangkan. Ramai remaja hari ini terbabit dalam masalah moral dan akhlak yang rendah. Mereka begitu mudah melanggar peraturan dan undang-undang dengan terbabit dalam kegiatan jenayah seperti merogol, membunuh, menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi ahli kongsi gelap.

Di peringkat sekolah, menurut satu kajian hampir separuh kes pelanggaran disiplin yang berlaku adalah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri seperti sentiasa bersifat menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal, malas dan sebagainya.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran. - Surah al-Asr, Ayat 1-3 Banyak pihak menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai cara atau kaedah yang perlu diambil bagi membendung permasalahan ini. Namun begitu terdapat beberapa kaedah dan langkah yang diambil tidak langsung meninggalkan kesan.

KIta semakin gusar dengan meningkatnya kes culik, bunuh dan rogol dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Senario yang agak genting ini jika dibiarkan berterusan, pastinya akan membawa impak besar kepada negara kita yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Justeru, kita perlu menyuburkan budaya nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam. Tanggungjawab itu bergantung pula kepada keupayaan diri seseorang itu apabila berada dalam kelompok manusia yang tertentu dan mengikut tahap keilmuan yang dimiliki individu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Dalam hadis Rasulullah SAW ada dinyatakan tanggungjawab setiap mukmin yang perlu membuat teguran dan perubahan kepada sebarang bentuk kemungkaran yang berlaku di depan mata sama ada dengan lidahnya, tangannya dan jika tidak mampu juga dengan bisikan hatinya menyatakan kebencian terhadap maksiat
yang berlaku itu.

Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak terutama yang dalam usia remaja, ibu bapa memainkan peranan cukup besar menentukan hala tuju serta arah hidup mereka seharian. Pengawasan yang ketat dengan kebebasan yang fleksibel perlulah dirangka dan dilaksanakan bagi mengelakkan mereka daripada mudah terjerumus ke dalam gejala sosial.

Ibu bapa juga perlulah mengisi kehidupan berkeluarga dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan sambil diiringi nilai kasih sayang berpanjangan. Anak memerlukan perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa.

Justeru, jika ibu bapa mengabaikan tugasan ini lantaran terlalu sibuk bekerja tanpa mempedulikan anak, siapakah yang harus dipersalahkan?

KIta perlu bersama-sama berusaha untuk memikir dan mengambil langkah jangka panjang bagi membendung serta membanterasnya. Allah SWT berpesan dalam kitab suci Al-Quran supaya semua manusia bersatu padu dalam melakukan apa juga bentuk kebaikan untuk kesejahteraan bersama dan jangan sekali-kali bersatu melakukan sesuatu yang boleh membawa ke arah dosa dan kerosakan.

Kita juga hendaklah sensitif dengan keadaan sekeliling seperti saling bantu-membantu di antara satu sama lain menjaga kebajikan serta keselamatan jiran. Amalan ini mungkin dianggap lapuk tetapi ia sepatutnya dihidupkan semula.

Sikap sombong dan tidak mahu saling kenal-mengenali dan berbaik-baik dengan jiran harus dihapuskan. Kita perlu menyemai dan menanam semangat kejiranan seperti yang dianjurkan sunnah.

Sementara itu, anak perlu ditanam dalam hati mereka membenci segala bentuk kemungkaran dan mencintai yang makruf. 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu, dan sesiapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu”.
Peranan mendidik anak tidak harus dilepaskan oleh ibu bapa kepada para guru dan pihak sekolah semata-mata. Dalam pendidikan akhlak umpamanya, ibu bapa berperanan besar dalam menentukan sahsiah diri anak-anak mereka.

Dalam hal ini, pendidikan rohani menerusi solat perlu diutamakan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Suruhlah anakmu mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun, dan pukul mereka jika tidak bersolat apabila berusia 10 tahun.”
Apabila meningkat usia remaja, ibu bapa seharusnya menjadi sahabat yang paling rapat dengan anak. Tetapi agak malang juga kerana ada segelintir ibu bapa yang mengabaikan tugas dan peranan mereka pada waktu ini dengan membiarkan anak membawa diri masing-masing, tidak mengendahkan arah hidup mereka, apatah lagi mengambil tahu sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anak.

Hadis Kucing itu Tidak Najis



Nabi SAW menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah SAW, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi SAW mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? 

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. 

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. 

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah: 

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang. 
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut. 
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman. 
4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan. 
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam. 

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan. 

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah ! 

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). 

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peringkat pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing. 

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? sila baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing?

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini: Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.” 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. 

Rasulullah Saw bersabda, 
“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, - bd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 
Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah SWT tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket