Koleksi Tazkirah & Muhasabah

15.4.11

Hati Yang Tenang


Hanya melakukan perkara yang halal, sabda nabi : barang siapa memakan yang halal 40 hari berturut-turut, nescaya diterangkan Allah hatinya dengan makrifah ilahi.

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang benar-benar halal dan menjauhi perkara shubhah dan haram Allah akan menerangkan hatinya. Perkara ini amat jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah yang dinyatakan tadi. Tetapi kebanyakan dari kita tidak mengamalkan perkara ini sebaliknya ramai yang menggunakan ikhtiar air jampi(doa) untuk menerangkan hati sebagai contoh ketika anak ingin mengambil peperiksaan. Air jampi juga merupakan satu ikhtiar untuk menerangkan hati tetapi ia merupakan satu perkara yang tidak berdasarkan satu nas yang kukuh sebaliknya melakukan perkara yang halal dan menjauhi yang haram dan subhah dapat menerangkan hati berdasarkan satu nas yang jelas.

Bukti hati yang terang itu ialah diterbitkan Allah S.W.T mata-mata air hikmah dari hati ke atas lidahnya. Maksudnya, hati yang terang itu terbukti apabial lidah itu hanya menuturkan perkataan yang bak-baik. Jika dilihat keadaan disekeliling kita, ramai antara kita menuturkan perkataan yang tidak elok dan kesat dengan banyak sekali contohnya bodoh, babi, gampang,bangang dan lain-lain. Ini jelas membuktikan hati seseorang itu tidak terang dan jelas tidak menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan shubhah dan amat kurang melakukan perkara yang halal.

Jika berlaku sebarang kecurian di kawasan sekolah, tidak hairanlah mengapa pelajar yang mencuri itu tidak dapat belajar dengan baik kerana apabila mencuri yakni perkara yang haram akan menggelapkan hati. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa setiap satu dosa yang dilakukan maka satu titik hitam melekat dihatinya.

No comments: