Koleksi Tazkirah & Muhasabah

3.8.13

Zakat Fitrah Satu Kewajipan

Kewajipan Menunaikan Zakat Fitrah


Siapa belum bayar zakat fitrah silalah bayar dalam bulan Ramadhan ni. Jangan dilengah-lengahkan sangat takut nanti terlupa pulak. Mungkin ada yang nak bayar pada waktu paling afdal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri. Tapi kalau tak sempat bayar nanti zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya dikira sebagai sedekah-sedekah biasa.
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, “Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Tujuan zakat fitrah adalah untuk membantu fakir miskin menyambut Aidilfitri. Adalah lebih afdal membayarnya pada ketika yang hampir dengan Aidilfitri, asalkan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
     
  2. Waktu Paling Afdal
    Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
     
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan.
     
  4. Waktu Makruh
    Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
     
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal. Hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan dengan segera zakat fitrah, dan pada waktu itu ianya dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

No comments: