Koleksi Tazkirah & Muhasabah

5.1.13

Doa Mengembalikan Barang Yang Hilang


Salam,

Barang yang hilang atau dicuri, usah rasa sedih. Insyaallah tawakal serta sabar berusaha dengan mendoakan supaya ia dikembalikan kepada anda. Disini ada ada dua ( 2) doa yang baik untuk diamalkan selepas solat. Buat juga solat hajat serta bacaan yasiin supaya si yang mengambilnya rasa gelisah, rasa bersalah, takut tertangkap dan senantiasa resah kerana mengambil barang kepunyaan anda. Moga-moga dipermudahkan-Nya. Jika mendapat kembali barang tersebut, adalah rezeki anda. Jika sudah berusaha dan tidak berhasil, anggaplah itu adalah satu ujian Allah SWT keatas diri anda. Yang penting iman dan diri anda tidak hilang.

DOA 1.


Maksudnya:(Surah Ali Imran: Ayat 9)

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


DOA 2.
DOWNLOAD MP3 DOA- KLIK SINI


Maksudnya:(Surah At Taubah: Ayat 46)

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal.

Wasallam.


Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

No comments: