Koleksi Tazkirah & Muhasabah

13.1.12

Sedikit Kisah Tentang Semut & Manusia

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut.
"Berapakah rezeki  kamu dalam setahun?"
Semut menjawab:"Sebutir sebiji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan didalam botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman a.s  menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat.

Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,"mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini?Kenapa tidak habiskan semua?"

Semut pun menjawab,"Kerana tawakal ku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum."Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja.

Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakan aku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."

semut adalah ciptaan Allah yang turut diceritakan dalam satu surah di dalam Al-Quran; surah Al-Namhl

semut bertahan sejak 6 juta tahun yang lampau.
kita tahu, umur semut ialah sehingga 60 hari, kecuali ratunya yang boleh hidup selama 20 tahun.
ada 3 kasta dalam golongan semut, ratu, semut jantan, semut pekerja & semut tentera.

di dalam surah Al-Namhl; ada banyak kisah para Nabi & ummat mereka, kisah Nabi Allah Sulaiman, Nabi Allah Dawud, Nabi Allah Luth, Nabi Allah Saleh.... dan kisah semut dalam surah ini ialah;

pada ayat ke 18: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, 'wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari'.....

pada ayat seterusnya 19: Maka dia (sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh"..
2 ayat dari surah al-namhl yang mempunyai banyak petunjuk & ilmu buat kita manusia.

lihat bagaimana dalam kehidupan betapa kita masih lagi 'selfish' atau pentingkan diri sendiri serta tidak peka kepada persekitaran sedang kita hidup menumpang di dalam dunia yang punya banyak ciptaan-ciptaan Allah di sekitar kita, samada kita sedari atau tidak.

lihat pada ayat 19 yang menunjukkan satu contoh baik doa orang-orang yang terpilih dan doa tersebut boleh kita jadikan panduan dalam kita berdoa memohon kepada Allah akan 'petunjuk', 'pimpinan', 'ilham' untuk kita terus duduk di dalam mensyukuri nikmat Allah.

Juga doa kesyukuran atas anugerah pada diri kita seta buat ibubapa dan keturunan-keturunan kita dan terus meminta agar diri kita terus berbuat kebajikan yang Allah redhoi.

dan akhirnya, Rahmat Allah lah penentu ke mana hala tuju kita. Lihat bagaimana seorang nabi yang telah punya banyak kelebihan & mukjizat, masih terus memohon, meminta dan setiap keadaan dan ketika.

adakah kita juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri kita yang sering hanyut dengan sifat riak, sombong serta taqbur? maka teruslah melakukan taubat dan memanjat doa serta melaksanakan 'amal maaruf nahi mungkar dalam kehidupan kita'...kerana kita sendiri amat memerlukan rahmat Allah setiap detik setiap masa lantaran ceteknya pengetahuan kita tentang bila akan terangkat nyawa kita...

p/s: -Ilmu takkan habis untuk diteladani, walau dari seekor semut yang kau jentik .

No comments: