INGAT ALLAH
Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.
Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Aku akui sejak mengamalkannya dan memakai, segala urusan harian menjadi semakin mudah mahu pun didalam perniagaan aku. Yang paling mudah untuk aku amalkan ialah sentiasa melakukan zikir hati.
Lakukannya dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.
SOLAT
Sesiapa sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.
Renungkan sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.
Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.
Solat juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak solat-solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah.
Insya allah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!
SELAWAT
Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.
No comments:
Post a Comment