Salah satu untuk menyempurnakan ibadah puasa ialah menjauhi perkara-perkara makruh. Walaupun makruh tidak membatalkan ibadah puasa, tetapi panduan yang dibuat oleh para imam mujtahidin adalah merupakan menutup pintu-pintu kerosakan (sadduz zara'ie).
Antaranya perkara-perkara makruh ialah:
1. Berkucup dan pendahuluan jimak walau melalui khayalan atau penglihatan.Juga makruh mengikut pandangan Mazhab hanafi mengucup/menghisap bibir isteri. Walaupun di sana ada
hadith riwayat As-Syaikhan (Bukhari dan Muslim): "Bahasa Nabi Muhammad S.A.W telah mengucup dan bersentuh kulit, sedangkan Baginda S.A.W sedang berpuasa."
Dan kebanyakan ulamak menetapkannya makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak mampu mengawal nafsunya seperti Rasulullah S.A.W. Ini DIperkuatkan lagi dengan hadith:
Dari Aisyah R.A: "Rasulullah S.A.W telah mengucup Aisyah R.A. sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda S.A.W bersentuh kulit sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda seorang yang mampu menguasai perasaannya."(Muttafaq Alaih) "Dan Baginda melarang orang muda melakukannya tetapi memberi kelonggaran kepada orang tua." (Hadith Hasan riwayat Abu Daud dari ABu Hurairah, diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah dan ABu Darda' begitu juga dari Ibn Abbas dengan sanad sahih)
2. Merasa ataupun mengunyah makanan tanpa ada keuzuran walaupun tidak ditelan kerana dikhuatiri akan termasuk sesuatu bahagian ke dalam rongga.
3. Makruh mengikut pandangan Mazhab Syafi'ie jika bersugi selepas gelincir matahari.
4. Banyak tidur di siang hari mengikut pandangan mazhab maliki makruh.
Masalah berbekam?
Di sana terdapat hadith mengenai berbekam. Sabda Nabi S.A.W: "Terbatal puasa pembekam dan yang dibekam." (Riwayat At-Tirmidzi dianggap hasan sahih, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud)
Sesiapa yang baca hadith di atas akan menyangka bahawa sesiapa yang berbekam atau dibekam maka batallah puasanya. Sebenarnya hadith ini telah dimansukhkan oleh hadith yang lain daripada Ibn Abbas: "Sesungguhnya Nabi S.A.W berbekam sedangkan baginda berpuasa." (Riwayat Bukhari, At-Tirmidzi menganggapnya Hadith Hasan, Abu Daud, dan Ibn
Majah)
Hadith pertama(berbekam batal puasa) berlaku sebelum pembukaan kota mekah iaitu pada tahun 8 hijrah sementara hadith kedua(berbekam tidak batal) diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Abbas menganut Islam bersama ayahnya semasa pembukaan kota mekah. Oleh yang
demikian, hadith yang pertama telah dinasakhkan oleh hadith kedua. (Ibn Kathir, Al-Baith
Al-Hathith)
Walaubagaimanapun hujjah-hujjah fuqaha mazhab tidak dinafikan bahawa kebanyakan mereka mengatakan berbekam itu hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj(Jilid I)--Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir(jilid I)--mazhab maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak
makruh sekirana berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.
Banyak lagi perkara lain dan cuma yang disebutkan ini yang common sahaja.
Wallahua'alam.
3.8.11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih share info ni.. banyak yg tak tau lagi
kalu amek darah batal x? bole x kalu dikiaskn ngn berbekam..
Post a Comment