Bahaya Program Realiti TV

"Doktor, saya batuk dah hampir seminggu"

"Ayah, nak gi jumpa dentist. Sakit gigi sangat ni"

"Doktor, tolonglah ikhtiar untuk bapa saya ni. Kalau perlu operate, buatlah asal dia sihat balik"

Fitrah manusia. Kalau fizikal kita sakit, segera kita cari doktor untuk merawatnya. Tapi, agak-agaknyaapa tindakan kita kalau rohani kita sakit tenat kerana sering mengabaikan solat fardhu? Apa tindakan kita kalau diri terasa malas untuk solat berjema'ah di surau? Apa tindakan kita kalau rasa malas baca Al Quran? Apa tindakan kita kalau hati kita dijangkiti rasa hasad, ujub, dan riya'? What's our action? Just keep quiet and follow our mood only?


Teramatlah malang jika kita hanya berdiam diri dan tak rasa something lost kalau dijangkiti dengan penyakit hati macam kat atas ni. Sebenarnya, penyakit hati ini yang kena dirawat segera kerana ia akan menyeksa pesakitnya di dunia dan akhirat, bukan seperti penyakit fizikal yang hanya akan berakhir dengan kematian. Jadi, tanya pada diri: kalau hati kita sakit, apa tindakan kita? Ibn Qayyim pernah berkata: "Jangan kamu sampai miliki hati yang sakit. Hati yang sakit ini di luarnya kelihatan baik, tapi hakikat di dalamnya mengikut hawa nafsu semata. Akhirnya, hati sakit ini membawa kelalaian pada Allah"..

Antara tanda kita milik hati sakit ialah apabila kita bersama orang baik, kita akan jadi baik dan bila bersama orang yang sentiasa buat maksiat, kita pun tumpang sekaki buat maksiat tu. Pernah dengar analogi tentang hati kita seperti ikan? Ikan yang hidup di laut yang airnya masin tu takkan rasa masin walaupun ia hidup di dalam laut yang memang kita tahu tahap masinnya. Tapi, macam mana kalau kita letakkan secubit garam pada ikan yang dah mati lepas ditangkap? Pasti terus rasa masin kan? Haa, begitulah jugalah HATI KITA. Kalau hati kita tak hidup dengan zikrullah, ayat2 Al Quran dan 'ibadah, pasti hati kita pun akan jadi macam ikan yang mati tu, mudah sangat dipengaruhi oleh virus-virus luar yang sangat berbahaya untuk umat Islam kini.


Bahkan virus itu telah berjaya menyerang ke dalam rumah kita melalui televiseyen dan internet. Lihatlah bagaimana media massa ini telah meracuni pemikiran dan akhlak anak remaja Muslim hari ini. Artis dipuja malah menjadi ikon mereka, rancangan hiburan makin mendapat tempat di hati anak muda, terutama rancangan realiti TV sekarang. Antaranya:


Dalam Islam,seseorang murid bertalaqi dengan guru untuk belajar ilmu yang membawa dia dekat pada Allah. Tapi protege dalam rancangan ini bertalaqi dengan mentor mereka untuk belajar menari dan menyanyi tanpa menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.


Diasaskan oleh Yahudi di UK dan menular ke Malaysia. Matlamat mereka bukanlah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola mereka. Sebaliknya menjadikan artis sebagai idola hidup mereka. Kisah hidup mereka dijaja di setiap pelusuk media massa samada akhbar dan televisyen. Artis dipuja, ulama' dihina. Reality which cannot be denied in Malaysia.



Rancangan realiti yang mencungkil ‘bakat’ penyanyi muda dan menawarkan RM1 juta kepada pemenang. Masih ada rakyat yang memerlukan, tapi RM1 juta ini dihadiahkan kepada artis yang mengabaikan syari'at Islam.


Paling digemari anak muda sekarang. Memaparkan budaya hedoinisme, pergaulan bebas, artis perempuan tanpa malu dedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu yang melaghokan, berunsur cinta dunia semata



Khas untuk kanak-kanak. Tapi yang sedihnya kanak-kanak diajarmenyanyi dan menari. Alangkah baiknya kalau mereka dididik dengan ilmu agama seperti dalam program mari mengaji, mari bertarannum, adik adikku, adik dan Al Quran, dan banyak lagi. Rasanya lebih baik tengok wonderpets daripada tengok tom tombak.

2 comments:

Freaky said...

nasib baik takde minat dengan rancangan realiti semua tu.. terima kasih diatas peringatan :)

cik aisha said...

xla minat sgt program realiti tu...cuma kalau free tgk la jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...