Koleksi Tazkirah & Muhasabah

17.10.10

Pengingat



"Selalu benar kau manjakan matamu dengan keindahan...nanti kau mudah menjadi pelupa,,,
Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, selagi itu kau tetap menjadi pengingat.."

"Hidup ini ibarat mimpi ketika tidur, apabila terjaga ibarat saat Malaikat Maut memanggil.."

"DisakitkanNya kita sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya..disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula..itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.. Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambaNya..Tapi si hamba tidak peduli langsung!!"

"Adalah merupakan satu kebahagiaan bagi orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburan sebelum dia masuk ke dalamnya, dan mencari keredhaan Tuhan sebelum bertemu denganNya.."

Seorang bijaksana pernah berkata..
"Aku hairan melihat orang bersedih kerana kurangnya harta..tetapi tidak bersedih di atas
berkurangnya umurnya..."
dia berkata lagi....
" Barangsiapa yang menghabiskan masa mudanya dengan suatu keadaan, maka ia akan berada dalam keadaan yang sama di masa tua kelak...."

Sesungguhnya ciptaan yang paling unggul adalah ciptaan Allah S.W.T..
"Sesungguhnya Allah tidak memandang wajahmu, badanmu, berapa banyak harta kamu, tetapi Allah memandang hati- hati kamu serta keyakinan kamu terhadapNya..(Hadith Sahih Muslim)

No comments: