Koleksi Tazkirah & Muhasabah

16.6.13

Tempat Yang Mungkin Turun Nabi Isa

Menara Putih


Ini adalah merupakan suasana sebelah dalam masjid Umawi yang berada di Dimasyq, Syria ketika masih belum berlaku kebangkitan rakyat Syria.Menurut hadis, di masjid inilah Nabi Isa akan turun untuk memerangi Dajjal ketika akhir zaman.


Masjid Umawi


Sabda Nabi Muhammad:

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”
(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)
Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, nabi Isa turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.

Kerana di Dimasyq, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.”

Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”

Kesimpulannya, sedar ataupun tidak kita sekarang ini telah pun berada di pengakhiran zaman. Maka bersedialah dari setiap sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun diseluruh dunia ia menandakan dunia telah berada di pengakhirannya.


Tindakan Kita

Berusahalah untuk menambahkan ilmu berkenaan ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, berikanlah sokongan kepada golongan yang ingin tegakkan Islam di muka bumi ini dan berusahalah untuk mengajak mereka yang masih leka dengan dunia agar kembali kepada Islam. Sama-sama doa agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir zaman ini.

Wallahua’lam

Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"

No comments: