Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405)
Manakala perempuan yang beriddah kerana talak, para ulama’ sepakat bahawaperempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian bekas suaminya supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ie Rahimahullah bahawa sunat ke atasnya berkabung.
1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Baca lagi di blog Dr.Maza
Mudahnya berdakwah. Klik 'LIKE' untuk kongsi ilmu bermanfaat kepada rakan kita. "Sampaikan pesan walaupun 1 ayat"
No comments:
Post a Comment